Searching...
Minggu, 22 September 2013
16.36 0

SEDIH! Meninggal Dalam Pangkuan Adik


SEDIH! Meninggal Dalam Pangkuan Adik | KRUBONG - Tidak dapat digambarkan perasaan seorang remaja apabila sempat memangku abangnya yang sedang nazak dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), awal pagi semalam.

Muhammad Afiq Berhanudin, 18, bagaimanapun reda apabila abangnya, Muhammad Arif, 20, menghembus nafas akhir sebelum sempat dibawa ke hospital.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang Muhammad Arif yang juga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil merempuh bahagian kiri belakang sebuah Perodua Kancil  sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal ditunggang Mohd Izzat Borhan, 18.

Akibat pelanggaran itu, Perodua Kancil yang dipandu Razalee Tompang, 44, dari arah sama iaitu Sungai Udang menghala persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat berpusing sebelum terbalik  dalam keadaan mengiring di laluan kanan.

Arif atau lebih mesra dipanggil Angah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Izzat yang cedera parah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawa-tan lanjut. Sementara Razalee tidak mengalami sebarang kecederaan.

Muhammad Afiq berkata, dia menaiki motosikal lain sudah berada jauh di hadapan dan hanya mengetahui kejadian selepas diberitahu rakan mereka, menyebabkan dia berpatah balik.

“Sampai di situ, Angah sudah nazak dan dadanya berombak. Saya sempat bacakan kalimah syahadah sebelum dia pergi," katanya.

Menurutnya, abangnya itu sebenarnya ketika di rumah berasa berat untuk keluar, namun menukar fikiran selepas diajak rakan-rakan.

Sementara itu, bapa mangsa, Berhanudin Abd Rahman, 51, yang menetap di Padang Sebang, Alor berkata, anaknya memberitahu mahu ke Tampin, sebelum keluar antara 8 dan 9 malam kelmarin.

“Dia yang tinggal bersama keluarga berulang-alik setiap hari dari rumah untuk ke kelas di ILP Bukit Katil.

Kebiasaannya dia akan keluar malam jika keesokan hari cuti atau pada hujung minggu dan balik ke rumah kira-kira satu dan dua pagi,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian.-sinar harian

0 komentar:

Posting Komentar