Searching...
Rabu, 18 September 2013
02.01 0

Nad Zainal Dituduh Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki? (3 GAMBAR)


Nad Zainal Dituduh Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki? (3 GAMBAR) | Inilah harga yang perlu dibayar oleh seseorang yang merupakan 'public figure',ada saja yang tidak kena,ada saja yang ingin buat cerita,sama ada cerita yang boleh menjatuhkan mahupun cerita yang sengaja diadakan untuk menaikkan populariti artis tersebut.

Sekarang ini,ada gosip yang bertiup kencang mengatakan bahawa pelakon yang membintangi siti tv kampung girl bersekedudukan dengan teman lelakinya,Azwan Kombos.Menurut sumber yang diperolehi,teman lelaki kepada si gadis ini juga merupakan artis baru sering bertandang ke kediaman Nad Zainal di Ampang, Selangor.

Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara terkutuk seperti yang didakwa




“Saya tidak nafikan yang Azwan memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang”

“Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam — kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran,” tambah Nad Zainal.

Pelakon ini turut menegaskan yang tidak mungkin beliau melakukan perkara keji sebegitu kerana tinggal bersama keluarga selain pelik dengan manusia yang suka mereka reka cerita tentang hidupnya. Selamat datang ke dunia artis Nad Zainal!




0 komentar:

Posting Komentar