Searching...
Senin, 30 September 2013
06.36 0

Penuntut Diploma Hamil Maut Akibat Kemalangan

Allahyarham Nurul Ashikin (kanan) dan suaminya ketika menyambut kelahiran Hafiz Awaluddin Mac tahun lalu.

Penuntut Diploma Hamil Maut Akibat KemalanganSHAH ALAM – Seorang penuntut diploma yang sedang hamil empat bulan maut selepas kenderaan dinaiki bersama keluarga terlibat nahas jalan raya membabitkan tiga kereta di Kilometer 3.6, Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, Jumaat lalu.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Persona, Honda City serta sebuah kereta yang gagal dikesan jenis serta nombor pendaftarannya.

Ketua Trafik Kuala Selangor, Inspektor Roslan Ismail berkata, kemalangan berlaku apabila seorang pelajar lelaki yang memandu kereta Proton Persona cuba mengelak sebuah kereta.

Beliau berkata, kereta yang tidak dikenal pasti itu masuk secara tiba-tiba ke laluan pelajar terbabit yang sedang memandu dari arah Kuala Selangor menuju ke Klang.

Menurutnya, pelajar itu cuba mengelak, namun hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Honda City yang dinaiki tiga beranak.

“Perlanggaran itu menyebabkan pemandu Honda City, Hafizan Rohmad, 33, isteri, Nurul Ashikin Ibrahim, 22, dan anak lelaki berusia setahun mengalami kecederaan parah.

“Bagaimanapun, Nurul Ashikin disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang pada hari kejadian, manakala suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh,” katanya, semalam.

Roslan berkata, anak mangsa, Mohd Hafiz Awaluddin yang cedera di kepala, dirawat di hospital sama, sebelum dibenarkan pulang semalam.

Beliau berkata, pemandu Proton Persona berusia 17 tahun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan mempunyai lesen memandu yang sah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-sinar harian
06.34 0

Anggota Polis Parah Akibat Dirempuh


Anggota Polis Parah Akibat Dirempuh | SERDANG - Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya  di lorong motosikal Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, Lans Koperal Mohd Faizal Mohd Taib dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang patah kaki kanan akibat rempuhan itu.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika Mohd Faizal bersama tujuh anggota dan seorang pegawai polis membuat sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Besi.

Abd Razak berkata, sebuah motosikal jenis Yamaha 125 LC berwarna hitam merah dinaiki seorang lelaki tiba-tiba membuat pusingan U dengan cara melawan arus untuk melarikan diri selepas melihat dan menyedari kehadiran polis di lokasi kejadian.

Sedar akan tindakan spontan menyalahi undang-undang yang dilakukan lelaki berkenaan itu, Mohd Faizal yang bertindak sebagai anggota ‘cut off’ cuba memberhentikan penunggang motosikal terbabit.

“Malangnya penunggang motosikal itu tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya merempuh Mohd Faizal pada bahagian kaki di sebelah kanan sebelum melarikan diri,” katanya selepas melawat mangsa yang mendapat rawatan di Hospital Serdang, semalam.

Kes dibuka dan disiasat di  bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan terperinci masih dijalankan dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian segera berhubung dengan hotline IPD Serdang di talian 03-80620458 untuk membantu siasatan.-sinar harian
06.32 0

SERAM! Wanita Misteri Ini Hilang Dicelah Dinding


SERAM! Wanita Misteri Ini Hilang Dicelah Dinding | SUNGAI NIBONG - Pengalaman terserempak dengan wanita berpakaian kilang dan kemudiannya menghilangkan diri di celah dinding mungkin tidak dapat dilupakan seorang lelaki.

Dia yang dikenali dengan nama Azim berkongsi kisah berkenaan kepada Sinar Harian.

Azim berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu di bawah jejantas Sungai Nibong kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, ketika itulah dia terpandang wanita berpakaian kilang duduk di atas batu dengan wajahnya yang begitu muram.

“Tanpa ragu-ragu saya pun terus ingin bertanya jika dia (wanita) perlukan bantuan, dan ketika saya baru hendak berjalan menuju ke arahnya serta merta dia masuk di celah dinding jejantas berkenaan.

“Pada mulanya saya terkejut kenapa dia lari dan bergegas saya mengejarnya kerana bimbang keadaan yang amat gelap di situ, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ruang berkenaan begitu sempit iaitu sebesar ibu jari saya saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian itu terus membelenggu dalam ingatan Azim sehingga kini.

Sama seperti Azim, rakannya, Zul turut melalui pengalaman yang sama ketika jam 3 pagi apabila terserempak dengan wanita berpakaian kilang sama seperti yang dilihat Azim.

Zul berkata, dia terserempak dengan wanita itu setiap tiga malam berturut-turut dan pada masa yang hampir sama.

“Hari ketiga saya bertekad untuk memandang mukanya, apabila saya nampak mukanya, ada raut persis wanita Indonesia tapi dalam keadaan yang amat sugul dan menyedihkan, apa lagi, terus saya memandu laju,” katanya.

Ketika berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, lokasi berkenaan dipercayai menjadi kawasan panas kemalangan jalan raya.

Ada yang beritahu ada kanak-kanak sekolah yang dilanggar beberapa kali di situ hingga menemui ajal.-sinar harian
06.31 0

PELIK! Akar Pokok Ru Seakan Wajah Manusia (2 GAMBAR)


PELIK! Akar Pokok Ru Seakan Wajah Manusia (2 GAMBAR) | MARANG - Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.

Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.

“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.

Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.-sinar harian
06.27 0

Aaron Aziz Nafi Meninggal


Aaron Aziz Nafi Meninggal | SELEPAS digemparkan dengan berita Aaron Aziz  tidak sihat dan mengalami sakit sendi tengkuk minggu lepas, hari ini timbul pula berita mengejutkan yang mengatakan pelakon itu maut akibat kemalangan selepas bermain ski di Switzerland.

Berita itu telah tersebar di laman blog luar negara dan Facebook sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya dan terkejut di kalangan peminat-peminatnya.

Terkejut dengan berita tersebut, Aaron yang sedang dalam perjalanan ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Malaysia 2 akhirnya telah memuat naik satu video status dirinya yang terkini bagi memastikan peminat beliau tidak panik dengan berita yang tersebar meluas itu.

"Kepada semua peminat saya OK, jangan risau. Walaupun masih lagi ada denyutan di tengkuk, tapi semuanya semakin baik InsyaAllah.

"Jadi jangan risau, semuanya OK. Jaga diri semua," katanya.

Beliau berkata demikian setelah ramai yang bertanyakan tentang kematian dirinya itu.

Sementara itu, isteri Aaron sendiri, Diyana Halik turut menafikan berita itu menerusi laman Twitternya dan memberi amaran kepada individu yang bertanggungjawab ke atas berita palsu ini.

Penafian Diyana dikukuhkan lagi dengan gambar-gambar terbaru Aaron yang sedang dalam perjalanan ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Malaysia 2 dan bukannya ke Switzerland seperti dilaporkan.

"Aaron Aziz sekarang di Capetown untuk penggambaran. Walaupun leher masih sakit tapi alhamdulillah akan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

"Kepada pihak yang menyebarkan dakwaan palsu ini, jangan main-main dengan isu hidup dan mati. Insya-Allah, Aaron akan diberikan usia yang panjang," katanya.-sinar harian
06.25 0

(3 GAMBAR) Pengantin Baru Mati Lemas


(3 GAMBAR) Pengantin Baru Mati Lemas | TANGKAK - [Dikemaskini] Seorang lelaki mati lemas selepas menyelamatkan adiknya yang tergelincir di kawasan air terjun Asahan, bersempadan dengan Melaka dan Johor, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa, Mohd Khidil Ismeath Anuar, 25, menghabiskan cuti hujung minggu berkelah di kawasan berkenaan bersama isteri, Shakilah Zakaria, 26, dan adik bongsunya, Mohd Aliff Najmi Anuar, 13.

Mangsa merupakan seorang kakitangan kerajaan dan baru bernikah dengan isterinya, hampir sebulan lalu.

Mohd Aliff berkata, kemalangan berlaku apabila abangnya yang dipanggil abang lang, mahu menyelamatkan dirinya daripada lemas.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sri Pantai, di sini itu berkata, dia pada mulanya mandi di bahagian atas, namun ketika terpijak salah satu batu, dia tergelincir masuk ke pusaran air, sebelum menjerit meminta tolong.

Menurutnya, dia dapat merasakan kawasan itu begitu dalam dan ketika itu jaraknya dengan Mohd Khidil, kira-kira 3 meter.

“Saya tergelincir dan menjerit panggil abang lang, abang lang... sebelum abang lang datang menolak saya ke tepi. Kemudian saya tak nampak abang lang lagi.

“Dalam keadaan tercungap-cungap saya mendengar kakak ipar saya (Shakilah) menjerit memanggil 'abang! abang!' Saya pandang semula ke tempat itu tapi tak nampak abang lang," katanya.

Menurutnya, sebelum abangnya dibawa arus, Shakilah nampak mangsa terkapai-kapai di dalam air, lalu tenggelam dan hilang.

Mayat mangsa bagaimanapun ditemui kira-kira dua jam selepas itu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

“Saya sedih sebab saya yang mula lemas tapi abang yang menyelamatkan saya pula lemas,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tangkak, dekat sini, semalam.

Mohd Aliff berkata, mangsa, anak ketiga daripada lima beradik itu, tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini.

"Tapi Allahyarham begitu beria-ia mengajak kami sekeluarga berkelah di situ. Cuma, saya dan isterinya saja yang ikut hari ini (semalam)," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga baru tiba dari Kuala Lumpur ke Kampung Bekoh, dekat sini, petang kelmarin dan ini pertama kali dia dan Allahyarham menjejak kaki ke kawasan tersebut.

Baru dua minggu pulang berbulan madu

Sementara itu, abang kedua mangsa, Muhammad Hatta Anuar, 27, berkata, Allahyarham merupakan seorang penyayang.

"Allahyarham dan isterinya baru pulang dari berbulan madu di Korea, dua minggu lalu," katanya.

Menurutnya, sebelum ini mereka kerap bertemu di rumah keluarga di Kuarters Polis Pantai, bagaimanapun jarang berjumpa selepas adiknya berpindah ke rumah mertua di Sungai Buloh selepas mendirikan rumahtangga pada 1 September lalu.

“Dah ajal dia, dia pergi hari ini dan kami sekeluarga reda. Namun, lebih menyedihkan ketika ini, ibu bapa mertua Allahyarham tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir kerana berada di Makkah mengerjakan haji," katanya.

Sementara itu, Shakilah enggan ditemui pemberita kerana masih bersedih.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bekoh, Tangkak, selepas solat Asar, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Johari Masom berkata, seramai enam anggota membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Jasin, Balai Bomba Jasin Bestari serta unit Skuba Jalan Kubu Baru dikejarkan ke tempat kejadian untuk usaha mencari dan menyelamat.

"Operasi menyelamat sukar kerana kedalaman kawasan air terjun lebih lima meter menyebabkan kita terpaksa meminta bantuan unit skuba,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dan dibawa naik kira-kira 12.20 tengah hari tidak jauh dari tempat mangsa menyelamatkan adiknya.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan tiada kesan luka pada badan mangsa. Anggota bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit membawa naik ke darat dan mayatnya dihantar ke Hospital Tangkak sebelum dituntut waris,” katanya.-sinar harian
06.11 0

12 Gambar Meletop Rozita Che Wan Semasa Majlis Merisiknya


12 Gambar Meletop Rozita Che Wan Semasa Majlis Merisiknya | Semalam berlangsungnya satu majlis merisik janda panas idaman ramai,Rozita Che Wan bertempat di Carcosa Seri Negara,Kuala Lumpur.

Menurut maklumat yang diperolehi,majlis ini cuma dihadiri kira-kira 50 orang ahli keluarga terdekat kedua-dua bakal mempelai.Rozita Che Wan dan bakal suaminya,Zain Saidin dikatakan bakal melangsungkan hari bersejarah mereka selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Pada majlis merisik ini,dikatakan Che ta menerima sebentuk cincin merisik berwarna emas putih yang tersemat manis di jari manis ibu tunggal dua anak itu.

Lagi 11 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.








Minggu, 29 September 2013
15.29 1

Hantu Lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud

MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.

Hantu Lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud  | KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.

GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.

“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.


15.29 2

Diberkas Kerana Suka Buka Kancing Bra Penumpang Wanita (3 GAMBAR)


Diberkas Kerana Suka Buka Kancing Bra Penumpang Wanita (3 GAMBAR) | SEORANG lelaki akhirnya berjaya diberkas di sebuah stesen keretapi bawah tanah di Shanghai kerana ‘kegemarannya’ membuka kancing bra penumpang wanita.

Siasatan lanjut mendapati lelaki itu berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap golongan Hawa. Entah apalah yang dia dendam sangat sampai jadi macam tu.

Selalunya dia terlepas tetapi tidak pada 22 Julai lalu.

Semuanya terjadi bila lelaki yang dikenali sebagai Yang ini dilihat bertengkar dengan seorang wanita berumur 29 tahun di stesen tersebut.

Wanita itu mendakwa Yang cuba membuka kancing branya.

Insiden itu menarik perhatian ramai yang berada di stesen berkenaan, lalu sepasukan polis datang dan menahan lelaki itu.

Namun ada saksi yang mengatakan Yang berbuat demikian kerana terlalu marah dengan tindakan wanita tersebut menolaknya sewaktu hendak masuk ke dalam keretapi.

Persoalannya, kalau betul sekali pun, apa kejadahnya dia buat perangai tak senonoh macam tu???

Macam-macam hal…ada juga manusia yang perangai macam ni!





15.28 1

6 Gambar Romantik Nora Danish Dan Zizan Di Surabaya


6 Gambar Romantik Nora Danish Dan Zizan Di Surabaya | Aksi romantik Nora Danish dan Zizan Razak di Surabaya - Wow romantik sungguh aksi dua pelakon terkenal Nora Danish dan Zizan Razak ketika terlibat dalam penggambaran soundtrack bagi filem Suami Aku Ustaz lakonannya bersama Adi Putra di Surabaya, Indonesia.

Sikap nakal dan comel yang dimiliki kedua-dua mereka memang serasi dan ceria. Lebih menarik, kekasih hati Nora Danish iaitu Nadeem Nazri turut serta dalam penggambaran itu.







15.27 0

(GOSIP) Panas : Zarina Anjoulie Dikatakan Pernah Berkahwin | Setiap hari Ahad, Abang Nara memang tak pernah ketinggalan membeli Berita Minggu. Banyak kisah-kisah menarik dan sensasi diselitkan di dalam ruangan BiPop. Antara ruangan yang paling hangat sudah tentu tulisan daripada Kak Pora. Memang panas meletup!!!
Semalam, Kak Pora mendakwa bahawa pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki tua sebelum ini. Perkahwinan tersebut sayangnya tidak dapat bertahan lama. Menariknya, perkahwinan tersebut berlangsung ketika Zarina sudah bergelar artis dan sedang hangat dilanda kontroversi.
Fuh ~~ Memang panas sungguh gosip kali ini kan? Diharap Zarina Anjoulie dapat tampil dan membuat pengesahan mengenai khabar angin ini. Kalau betul, nak juga tahu siapakan lelaki yang pernah bergelar suami untuk dirinya. Mesti bukan calang-calang orangnya. Tak gitu? - Beautifulnara

15.27 2

Hanez Suraya Dilabel 'babi' Oleh Peminat


Hanez Suraya Dilabel 'babi' Oleh Peminat | SEJAK namanya semakin dikenali ramai menerusi drama-drama lakonannya, seiring itu juga Hanez Suraya tidak habis-habis dihimpit kontroversi. Daripada isu seluar sendat hinggalah ke kisah dia berperang dengan seorang artis senior di Twitter. Tak kurang, dia dikatakan antara artis yang dibenci peminat apabila ada segelintir peminat yang mewujudkan akaun ‘Haters Hanez Suraya’ dilaman Twitter.

Sebut soal dibenci peminat, terbaru bintang Autumn di Hatiku ini sekali lagi dipalit isu panas dan kali ini dia teruk dihentam peminat hanya kerana dia tidak membalas komen di Twitter. Peminat berkenaan telah menempelak Hanez dengan melemparkan gelaran babi terhadap aktres ini.

Bertemu empunya diri di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad baru-baru ini, Hanez berkata isu itu bukanlah hal besar cuma disebabkan rasa tidak berpuas hati peminat berkenaan menjadikan ia semakin serius.

“Sebenarnya kalau ada masa lapang, saya suka ‘reply’ dan ‘retweet’ semula komen-komen peminat di Twitter. Tapi hari itu kebetulan, tweet yang datang dari peminat terlalu banyak. Masa itu Hanez memang tidak boleh balas semuanya jadi Hanez dahulukan ‘tweet’ yang mana penting dari teman-teman rapat dan pihak media.

“Tidak sangka pula ada peminat yang marah dan tanpa usul periksa dia kata Henez hanya balas ‘tweet’ pada peminat lelaki sahaja,” jelasnya

Bagaimanapun Hanez tidak melenting malah menghadapi situasi tersebut dengan tenang. Tidak mahu perkara yang disifatkan remeh itu belarutan, Hanez tidak mengendahkan sikap peminat berkenaan.
“Saya memang tidak layan ‘tweet’ dari peminat tu sebab bila dilayan mungkin keadaan akan bertambah teruk. Bagi saya orang seperti itu hanya mahukan perhatian,” jelasnya.

Dalam pada itu Hanez mengakui kehadiran kontroversi sedikit sebanyak membantu kerjanya sebagai seorang pelakon semakin bertambah baik. Pun begitu, dia masih menitik beratkan bakat untuk terus bertahan dalam industri hiburan ini.

“Alhamdulillah, perjalanan karier saya lebih baik tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya banyak terima tawaran berlakon. Saya rasa kontroversi-kontroversi yang mengaitkan saya tu pun membantu juga tapi mana yang boleh saya tepis, saya tepis”, katanya.

Selain itu, Hanez juga turut mengesahkan sejak berpisah dengan penyanyi Awi Rafael beberapa bulan lalu, dia kini masih belum bertemu pengganti. Tambahan buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal percintaan sebaliknya tumpuan hanya diberikan pada kerjaya.

“Berkawan-kawan tu ada lah. Tapi untuk lebih serius, saya rasa belum lagi. Masih terlalu awal. Lagipun yang lebih penting sekarang saya mahu fokus pada kerjaya dulu”, ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk TV3 berjudul, Mr. Arrogant. – malaysiaDigest
15.26 2

9 Gambar Adik Anzalna Nasir Bersosial


9 Gambar Adik Anzalna Nasir Bersosial | Mia Nasir, adik kepada Anzalna Nasir, pelakon yang popular melalui drama bersiri Adam & Hawa telah dilihat bersosial dengan kawan-kawannya.

Lagi 8 Gambar dibawah











15.25 2

(4 GAMBAR) Erin Malek Bercuti, Ibu Disangka Kakak


(4 GAMBAR) Erin Malek Bercuti, Ibu Disangka Kakak | Pada 9 Ogos lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Misiku Kuza, Erin Malek difahamkan telah terbang ke Brisbane, Australia bagi meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Erin dikatakan berada di sana selama seminggu dan mereka sekeluarga telah selamat pulang ke Malaysia pada 15 Ogos lepas.

Melalui foto tersebut, ibu pelakon itu kelihatan sangat muda dan mereka kelihatan seperti adik beradik. Beberapa orang peminat turut menulis komen mengatakan ibu Erin Malek muda dan juga cantik.



kredit kepada ohbulan
15.25 4

(12 GAMBAR) Aksi Pelajar Di China Yang Semakin Liar


(12 GAMBAR) Aksi Pelajar Di China Yang Semakin Liar | Ini bukan saja berlaku di China tetapi juga berlaku juga di negara kita. Masalah sosial dikalangan remaja semakin hari semakin teruk. Kalau tindakan tidak diambil, satu hari nanti, segalanya akan menjadi parah.