Shila Sukar Membuat Keputusan | Kasihan pula melihat apa yang sedang terjadi di dalam hidup Shila Amzah. Hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapa. Pastinya sukar buat Shila untuk membuat keputusan yang akan memuaskan hati kesemua pihak.
Sebentar tadi, menerusi akaun Twitter miliknya, Shila telah meluahkan isi hatinya yang tidak mahu lagi di”over-protected” oleh keluarganya. Shila mahukan peluang untuk membuat keputusan sendiri dan berharap agar Sharnaaz dan ayahnya boleh berbaik-baik.
Kini, Shila berada di satu lokasi rahsia yang hanya diketahuinya sendiri untuk mencari ketenangan. Semoga kesempatan ini digunakan oleh Shila untuk berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan. Kepada Shila, tabahlah!!! Ramai yang sayangkan anda. Jangan buat keputusan melulu dan fikirkanlah masa depan.
0 komentar:
Posting Komentar