Searching...
Senin, 11 Februari 2013
21.00 0

Shila Amzah Memberitahu Bahawa Menghubungi Orang Tuanya Setiap Hari


Shila Amzah Memberitahu Menghubungi Orang Tuanya Setiap Hari | Sebelum ini, ND Lala telah membuat laporan polis setelah Shila hanya menghantar SMS sekali dalam tempoh masa 6 hari. Jadi agak terkejut apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.
Pasti ramai yang menyalahkan Shila kerana tidak menghubungi ahli keluarga sepanjang kehilangannya. Namun apabila ditegur oleh peminatnya menerusi Twitter dengan ayat “its better if u give your parents a call. Every parents will do the same. They just worried about u. Be safe be at home”, Shila menjawap “I did,everyday.sigh“. Malah Shila menegaskan yang dia tidak melarikan diri.
Kasihan sungguh insan bernama Shila Amzah ini. Memang kita semua tidak dapat merasai kesengsaraan yang sedang dialaminya. Hanya kata-kata semangat yang mampu kita berikan kepada Shila. Kalau anda ingin berinteraksi dengan Shila, bolehlah berborak dengannya menerusi akaunTwitter Shila Amzah.

0 komentar:

Posting Komentar