Mohon Cerai Kerana Publisiti Murahan Suaminya Kahwini Kakak Ella | Agak terkejut juga mendengar alasan isteri kedua Adun Paka, Mastura Othman memohon cerai daripada suaminya. Tambah mengejutkan ialah apabila mengetahui kakak Ella turut terlibat di dalam permohonan cerai ini.
Saidatul Aminuddin, kakak sulung kepada ratu rock negara, Ella merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional. Pada hujung tahun lalu, Saidatul dan suaminya, Zakaria @ Ariffin Abdullah telah keluar di sebuah majalah hiburan yang menjadi punca permohonan cerai daripada Mastura, isteri kedua Zakaria. Kata Mastura:-
Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat). Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini.
Cuma mahu ucapkan tahniah kepada kakak Ella kerana telah selamat berumahtangga. Nampak gayanya hanya tinggal Jojie sahaja yang masih single. Semoga dipercepatkan jodoh buat Jojie. Sama-samalah kita doakan.
0 komentar:
Posting Komentar