Searching...
Kamis, 17 Januari 2013
19.56 0

UUM : Sharifah Zohra Kurang Profesional


Sharifah Zohra Jabeen Akan Menjawab Kritikan Berkenaan ‘Listen, Listen, Listen’ Dalam Waktu Terdekat. – Foto Ihsan

KUALA LUMPUR – Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak kesal dengan insiden membabitkan mahasiswa pusat pengajian itu dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M),Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang heboh diperdebatkan sekarang.

Akur soalan yang diajukan oleh KS Bawani agak kasar bunyinya, SharifahZohra juga katanya, boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.

“Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.

“Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah,” ujar beliau di sini semalam.

Video klip Bawani yang heboh dibincangkan di laman sosial dan dimuatnaik di Youtube mengundang reaksi pelbagai pihak yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jawapan dan tindakan Sharifah Zohra.

Ramai juga yang menulis pesanan di laman sosial masing-masing dengan mendahului atau mengakhirinya dengan perkataan “listen!” sebagai protes terhadap perbuatan itu.

Selain itu, ada juga pihak yang melabelkan Bawani sebagai kurang ajar apabila mengajukan soalan sedemian rupa dan tidak berhenti bercakap meskipun sudah diminta berbuat demikian.

Menurut Mustafa, soalan diajukan Bawani itu juga telah melepasi waktu sesi soal jawab, sebaliknya ketika itu sedang berlangsungnya acara cabutan bertuah.

“Masa soalan sudah habis sebenarnya tapi dia bercakap tak berhenti-henti. Panel itu cuba memberhentikan dia tetapi tidak berjaya. Jadi sebab itu berlaku seperti pertikaman lidah,” jelas Mustafa.

Memandangkan tindakan Sharifah Zohra itu telah mengundang kegelisahan banyak pihak, kata Mustafa, beliau mengesyorkan supaya beliau melakukan sesuatu untuk meredakan keadaan.

“Pada saya itu masalah speaker dan pelajar berkenaan, jadi terserah kepada speaker itu, apa beliau hendak buat. Saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia bercakap bagi pihak dirinya. Mungkin dia boleh lakukan sesuatu… ,” katanya.-sinar harian

0 komentar:

Posting Komentar