Anggota Bomba Kulim menurunkan suspek yang terperangkap di atas atap.
KULIM - Gara-gara ingin melarikan diri daripada dicekup polis, seorang remaja lelaki berusia 20 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti ketagihan dadah nekad melarikan diri ke atas atap rumah di Taman Desa Impian kira-kira jam 11.40 malam, kelmarin.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khir berkata, dia mendapat maklumat daripada seorang pemilik rumah menyatakan suspek berada di atas siling rumahnya kira-kira jam 11 malam dan meminta ahli PPKM menahan suspek terlibat.
Menurutnya, sebaik ahli PPKM tiba di tempat kejadian, suspek dilihat melarikan diri keluar dari rumah terbabit dan pergi ke sebuah kedai berhampiran.
Pemangku Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz sedang menyoal siasat suspek
“Bimbang ditahan, suspek melarikan diri ke sebuah rumah sebelum memanjat bahagian tepi rumah itu dan menyorok di atas atap.
“Ahli PPKM kemudiannya memaklumkan kepada saya supaya meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membolehkan mereka naik ke atas atap untuk mencari suspek,” katanya.
Eng Khir berkata, polis yang berada di tempat kejadian meminta suspek menyerah diri bagaimanapun, dia enggan berbuat demikian sebaliknya bersikap agresif dan melarikan diri sebelum ditahan ahli PPKM dan kemudiannya diserahkan kepada polis.
Suspek dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.
Dari pengakuan dibuat, suspek mengaku dirinya seorang penagih dadah dan pernah terlibat dalam beberapa aktiviti jenayah sebelum ini.-sinar harian
0 komentar:
Posting Komentar