Searching...
Rabu, 09 Januari 2013
05.29 0

Raja Azura : Terlupa Tinggal Wang Belanja Anak



Sejak memegang status sebagai ibu tunggal, pengacara dan penyampai radio, Raja Azura atau Kak Engku memang amat sibuk dalam melakukan pekerjaan dan tugas seharian.

Katanya, dek kerana terlalu sibuk, kadang-kala ia memaksanya untuk tidur di dalam kereta bagi memastikan dia tidak terlewat ke tempat kerja.

“Kadang-kadang tu kalau sibuk sangat sampai saya tidur dalam kereta kat parking. Perkara tu dah jadi satu kebiasaan.


“Lagi-lagi kalau saya mengacarakan ABP, habis jer kerja saya drive turun dari Genting terus pergi konti, sementara nak tunggu masuk kerja tu saya tidur kat parking. Lapan tahun saya buat macam tu”, katanya yang dipetik dari Malaysiandigest, di sini, hari ini.

Raja Azura adalah ibu kepada tiga cahaya mata iaitu iaitu Megat Muhammad Raziq, 10, Megat Luqman Hakim, 9 dan Puteri Mkia Maizurah, 6.

Tambahnya, dia juga mengakui disebabkan berkejaran ke sana sini dek jadual yang padat dia pernah terlupa hendak meninggalkan wang belanja untuk anaknya.

“Kasihan kat anak-anak. Pernah satu ketika tu disebabkan sibuk sangat, lupa nak tinggalkan belanja sekolah kat diorang.

“Saya balik dah lewat, terus cuci muka lepas tu surat terjatuh dari kain lap muka. Tengok-tengok anak tulis, mama esok jangan lupa nak bagi duit sekolah…”, katanya.

Dalam pada itu mengenai perkembangan terbaru Kak Engku bakal mengacarakan program Kilauan Emas musim baru bermula Mac depan.

Selain itu, dia juga merupakan salah seorang Sifu bagi program Bintang Mencari Bintang (BMB).

0 komentar:

Posting Komentar