GAMBAR menunjukkan buaya yang menjaga ganja seberat 15.4 kilogram di dalam bilik sebuah rumah di Lembah Castro.
Mereka menemui seekor buaya sepanjang 1.53 meter yang mengawal 15.4 kilogram ganja yang bernilai AS$100,000 (RM302,000).
Buaya spesies Caiman itu diletakkan di dalam sebuah tangki untuk menjaga ganja tersebut.
Haiwan itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan berpaya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.
“Pada kebiasaannya, kita akan melihat anjing digunakan untuk mengawal dadah yang disembunyikan di dalam rumah,” kata seorang pegawai Pejabat Syerif Alameda, Sarjan J.D. Nelson kelmarin.
Pemilik reptilia itu, Assif Mayar telah ditangkap pada Selasa lalu dan dituduh memproses ganja untuk dijual.
Mayar, 32, tidak membuat pengakuan semasa perbicaraannya berlangsung di Mahkamah Tinggi Alameda.
Dia kini ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM60,400).
Mayar akan dibicarakan semula pada 15 Januari ini.
Buaya itu kemudian dihantar ke sebuah zoo. – Agensi
0 komentar:
Posting Komentar