Searching...
Selasa, 15 Januari 2013
20.58 0

Nurul Syuhada : Ia saham akhirat saya



Pengacara popular, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menganggap tawaran yang diterimanya untuk mengendalikan program realiti terbaru di TV3, ‘Da’i – Pendakwah Milenia’ sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

Ketika ditemui di majlis sidang media program tersebut di The Terrace Restaurant, The Royale Bintang The Curve pada petang Isnin, bekas pengacara Nona ini mengakui begitu gembira apabila diberi peluang untuk mengacarakan program terbitan Primeworks Studios itu.

“Saya rasa terkejut apabila ditawarkan untuk mengacarakan program ini namun pada masa yang sama begitu teruja dapat terbabit dalam program ini. Saya dah banyak buat program televisyen sebelum ini dan ini merupakan kali pertama saya buat program realiti berbentuk Islamik.


Program Da’i merupakan satu benda yang baru serta segar buat saya dan tak rugi saya dapat terlibat dalam program ini kerana ia dapat menjadi salah satu saham akhirat untuk saya nanti. Apa yang penting, secara tak langsung, saya dapat menimba pengetahuan serta belajar sesuatu yang baru mengenai agama apabila mengacarakan program ini.”

Tambah Nurul lagi, dia berasa seronok apabila dapat melihat golongan muda petah bercakap dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Saya rasa seronok apabila dapat melihat anak muda kita sekarang petah bercakap dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Sebagai persediaan, saya banyak berbincang dengan produksi mengenai program ini. InsyaAllah, saya akan tampil dengan pengacaraan yang bersahaja dan santai serta imej yang lebih sopan dan teratur,” ujar Nurul syuhada.

Ketika ditemui, pengacara Malaysia Hari Ini yang mula bergerak secara separuh masa dalam bidang pengacaraan sejak September lalu ini turut memberitahu yang dia akan menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya (UM) dalam sedikit masa lagi.

“Saya akan sambung belajar sepenuh masa pada Februari ini dalam jurusan ‘Master in Science, Technology and Sustainability’ di UM selama dua tahun. Setakat ini tak ada masalah dari segi pengurusan masa antara kerjaya dan pelajaran kerana saya akan bersiaran di MHI pada waktu pagi manakala Da’i pada hari Sabtu sahaja,” ujarnya.

GUA sempat mengusik bekas juara program musim pertama ‘Malaysian Top Host’ ini sama ada dia sudah berbadan dua atau belum dan Nurul memberitahu, “Selepas hampir setahun lebih mendirikan rumahtangga, nampaknya rezeki masih belum berpihak kepada saya lagi. InsyaAllah jika ada rezeki, saya akan terima namun rezeki saya sekarang adalah untuk program Da’i.”-portal gua

0 komentar:

Posting Komentar