Mama Rock : Jangan bayar ciput
Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (Perkap) akan meneruskan agendanya membela nasib pelakon tambahan khususnya yang menerima bayaran tidak setimpal dari syarikat produksi.
Naib Pengerusinya yang juga pelakon, Soeprihati Sikom,62, atau lebih dikenali sebagai Mama Rock memberitahu, dia sedih apabila ada pelakon tambahan baru hanya dibayar ‘ciput’ oleh syarikat produksi gergasi yang saban tahun banyak mengeluarkan drama dan filem.
Menurutnya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana pelakon benar–benar layak perlu menerima bayaran setimpal dengan tanggungjawab yang diberikan.
“Ini masalahnya apabila ada syarikat produksi yang lupa diri, jika tiada pelakon tambahan sesuatu cerita atau drama itu itu tidak akan jadi ,”katanya ketika ditemui pada majlis anjuran Lisda Talent Red Carpet Event, dekat sini.
Menurutnya, mesyuarat Perkap akan diadakan dalam tempoh sebulan bagi membincangkan status pertubuhan itu yang dilanda kontroversi berikutan kes pecah amanah membabitkan beberapa individu sebelum ini.
“Pemilihan semula ahli jawatankuasa, pengerusi dan naib pengerusi akan dibuat semula, Insya-ALLAH, selepas ini Perkap akan kembali aktif,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kerja kebajikan yang dilakukan Perkap selama dua tahun penubuhannya, Mama berkata, ianya tidak akan berjaya tanpa bantuan daripada anaknya yang juga Pengarah Eksekutif Masgenuine i-Berhad, Datuk Nor Hasnal Hashmi.
“Dia (Hasnal) banyak beri semangat kepada saya dan beri bantuan dan kepada Perkap,” katanya.
Mengenai bidang lakonan pula, Mama Rock berkata, dia menunggu dua filem yang akan ditayangkan di pawagam Februari ini antaranya filem Oh Mak Kau! dan Dua Kalimah.-sinar harian
0 komentar:
Posting Komentar