Searching...
Selasa, 01 Januari 2013
19.00 0

Dipenjara 7 tahun kerana mencuri kelapa



KANGAR – Seorang pemuda berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mencuri beberapa biji kelapa dua bulan lalu.

Farid Ayob, 24, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Bukit Batu Buaya Kampung Wai, Kuala Perlis.

Pemuda itu didakwa mencuri buah kelapa bersama seorang lagi rakan yang masih bebas kira-kira jam 6.30 petang pada 28 Oktober lalu.


Farid didakwa mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Pendaftar Kanan Mahkamah, Monica Joseph Gaisah menetapkan 5 Februari ini untuk keputusan hukuman.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Roslan Remeli menawarkan jaminan RM5,000 namun mahkamah membenar rayuan tertuduh dengan ikat jamin RM1,000.-sinar harian

0 komentar:

Posting Komentar