Dipaksa minum air najis
SERDANG: Dipaksa minum air najis dan cecair peluntur. Itu penderitaan ditanggung seorang pembantu rumah sejak setahun lalu selain turut dipukul dengan kayu oleh majikannya dalam kejadian di Seri Kembangan, di sini.
Penderitaan mangsa yang berusia 25 tahun itu berakhir kelmarin selepas melarikan diri dari rumah itu jam 1 pagi sebelum membuat laporan polis.
Sumber berkata, selain dipukul, mangsa hanya diberi makan sekali sehari selain tidak dibayar gaji.
Katanya, mangsa beberapa kali cuba melarikan diri dari ‘penjara’ buatan majikannya itu, namun tidak berjaya kerana semua pintu dikunci.
“Mangsa nekad lari dari rumah itu selepas tidak tahan dengan penderaan majikannya yang berusia 30-an itu yang memaksanya minum cecair peluntur dan air najis.
“Wanita itu terpaksa mengikut arahan kerana tidak mahu disakiti, namun hampir saban hari dipukul dengan kayu,” katanya di sini, semalam.-hmetro
0 komentar:
Posting Komentar