Searching...
Selasa, 11 Maret 2014
22.55 0

Syukur Allah Tidak Tarik Nikmat Suara Selamanya

Syukur Allah Tidak Tarik Nikmat Suara Selamanya

“Saya ingat memang dah tak boleh bercakap sepanjang hayat, tapi mujur ALLAH tak tarik nikmat itu buat selama-lamanya,” kata warga emas, Sariam Abd Rashid, 60, yang menghidap strok sejak tiga tahun lalu.

Sariam yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Tengar Utara berkata, setiap kali ingin bertutur, peti suaranya tidak mengeluarkan bunyi hingga menyukarkannya berbual seperti sebelumnya.

Menurut Sariam, keadaan itu memberi tekanan kepadanya apatah lagi separuh badan kirinya lumpuh akibat strok dan hanya mampu menggunakan isyarat bahasa tubuh ketika berkomunikasi dengan anak-anak.

“Nak buat macam mana pun makcik dah tak tahu. Puas juga cuba bercakap, tapi memang tak boleh. Disebabkan anugerah (suara) yang ALLAH bagi ni ditarik balik, sesekali makcik menangis seorang diri,” katanya.

Sariam memberitahu, sejak dari itu, dia tidak pernah putus semangat mohon doa dikembalikan semula suara supaya dapat menjalani kehidupan lebih baik.

“Memang makcik tak putus-putus doa minta ALLAH bagi makcik boleh bercakap semula. Alhamdulillah masalah suara beransur pulih dua minggu selepas itu. ALLAH pulangkan nikmat suara makcik,” katanya sambil memberitahu bertapa hebatnya kekuatan doa kepada ALLAH.

Menurut Sariam, dia bersyukur kerana sewaktu berhadapan dugaan itu, anak-anaknya tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadapnya.

“Makcik kuat sebab mereka (anak-anak). Kalau ikutkan, makcik dah tak boleh bercakap sewaktu kena strok dulu, tapi atas usaha anak bawa berubat selain tak putus doa, alhamdulillah pulih walaupun tak sepenuhnya,” katanya.

Sariam berkata, meskipun masalah pertuturannya sudah pulih, namun kesan strok tetap ada kerana dia kini hanya terlantar di katil dan tidak mampu berjalan tanpa kerusi roda.

“Segala keperluan seperti makan dan minum termasuk membuang air diuruskan anak-anak saya secara bergilir-gilir,” katanya.

Anak ketiganya, Sazwani Sakmin, 30, berkata, dia menyaksikan sendiri Sariam diserang strok ketika ingin menjemput ibunya ke sebuah institusi perbankan di Sungai Besar.

“Sebaik sampai di rumah mak, saya terkejut tengok mak dah terlentok sambil kedua-dua tangannya digenggam dan mulutnya terherot.

Cemas sangat masa tu, saya terus bawanya ke Hospital (Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam) untuk rawatan lanjut,” katanya sambil mengucapkan syukur kerana ALLAH mengembalikan anugerah suara ibunya walaupun pergerakannya masih terbatas.

“Mak selalu cakap dia teringin nak marhaban dan mengaji dengan kawan-kawan dia. Tapi kesihatannya tak mengizinkan, apa pun kami tetap bersyukur kerana ALLAH masih menyayanginya,” katanya.

0 komentar:

Posting Komentar