Searching...
Kamis, 05 September 2013
00.21 0

Adi Putra Disiasat Polis Selepas Didakwa Skandal Dengan Isteri Orang


Adi Putra Disiasat Polis Selepas Didakwa Skandal Dengan Isteri Orang | Ini satu berita yang amat mengejutkan. Memang sukar untuk dipercayai. Adi Putra kini di bawah siasatan polis selepas seorang lelaki mendakwa pelakon ini melakukan skandal dengan isterinya. Si suami mendakwa hubungan mereka berdua bermula sejak hujung bulan Julai dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Menurut dakwaan, pada mulanya Adi Putra dan si isteri hanya sekadar berbalas mesej cinta sebelum bertambah berani sehingga memberikan mesej dan bertukar gambar lucah menerusi WhatsApp. Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan Adi Putra dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.

Namun begitu, Adi Putra juga turut sama telah membuat laporan polis terhadap si suami kerana menerima ugutan yang boleh mengganggu keselamatan dirinya dan keluarga. Kes masih lagi disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan) dengan kerjasama sepenuhnya daripada Adi Putra.

Sukar untuk Abang Nara percaya dengan dakwaan terhadap Adi Putra ini. Selama ini Adi memang mempunyai imej yang bersih. Mungkinkah dakwaan sebegini sengaja diadakan untuk menjatuhkan nama dan reputasi Adi Putra yang sedang memuncak sekarang ini? Sama-samalah kita nantikan keputusan siasatan oleh pihak polis.


0 komentar:

Posting Komentar