Searching...
Jumat, 15 Februari 2013
02.00 0

Talha Harith Menafikan Wanita Tersebut Bukan Kekasih Hati


Talha Harith Menafikan Wanita Tersebut Bukan Kekasih Hati | KUALA LUMPUR: Pelakon Talha Harith menegaskan wanita yang dilihat bergambar mesra dengannya dalam beberapa keping foto di laman Instagram pada hanyalah rakan karib dan bukan kekasih seperti yang didakwa.
Talha, 23, berkata, dia membuat penjelasan tersebut bagi mengelak salah faham dan spekulasi kerana hubungannya dengan wanita bernama Farah Shazreen itu hanyalah berlandaskan persahabatan biasa.
"Saya tidak kisah pun mengenai gambar-gambar kami tersebar sebab tiada apa yang menjolok mata ataupun perbuatan tidak sopan.
"Cuma saya perlu jelaskan wanita itu hanyalah kawan baik dan kami bukan kekasih seperti segelintir pihak sangkakan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.
Beberapa keping gambar mesra aktor tersebut di samping Farah dimuat naik pada laman sosial Instagram dan Facebook milik wanita pada Khamis sehingga mencetuskan spekulasi kononnya mereka adalah pasangan kekasih.
Talha bersama wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengannya.
Talha berkata, susulan itu dia segera menghubungi dan menegur Farah atas tindakannya memuat naik gambar-gambar berkenaan.
"Saya terus tegur kenapa dia memuat naik gambar-gambar itu berserta kapsyen my babyboo (kekasih saya) kerana ia menimbulkan salah faham.
"Padahal kami hanya kawan baik sejak tiga tahun lalu dan tiada apa-apa ikatan istimewa pun," terangnya.
Tambahnya, pendedahan berhubung status gambar itu bukan kerana dia mahu menyembunyikan status hubungan cinta daripada peminat.
"Saya cuma tidak mahu timbul salah faham sahaja. Kalau memang dia kekasih tidak apalah tetapi kami hanya kawan biasa," tuturnya.
Terbaharu, Talha sedang menjalani penggambaran drama bersiri 28 episod berjudulTeduhan Kasih untuk siaran TV3.

0 komentar:

Posting Komentar