Searching...
Jumat, 08 Februari 2013
02.00 0

Erra Fazira Minta Peminat Doakan Rumahtangganya


Erra Fazira Minta Peminat Doakan Rumahtangganya | Fazira Wan Chek, atau lebih dikenali di kalangan peminat seni tempatan sebagai Erra Fazira telah muncul di kulit muka hadapan majalah InTrend keluaran Februari.
Erra telah mengeluarkan komen yang dipaparkan oleh majalah tersebut, meminta orang ramai tidak bertanya tentang rumahtangganya, sebalikya meminta didoakan saja (rumahtangganya).
Sepanjang tahun lepas, kisah rumahtangga Erra agak heboh diperkatakan di media konvensional mahupun sosial, apabila timbul cakap-cakap yang suami Erra telah berkahwin lain. Ada juga sumber yang tidak dapat disahkan menyatakan pasangan ini sudah bercerai, namun menyembunyikannya.
Apa pun, betul juga kata Erra, lebih baik didoakan rumahtangganya dari terus membuat spekulasi, kan?
Dan yang nyata sekali Erra yang tampak tidak dimakan usia sememangnya gorgeous dalam gambar-gambar yang dipaparkan dalam majalan InTrend. Sekiranya anda ingin melihat gambar Erra yang lain, sila dapatkan naskhah Februari InTrend di pasaran!

0 komentar:

Posting Komentar