Searching...
Rabu, 13 Februari 2013
20.59 0

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin Berehat Dari Membuat Persembahan Untuk Menjaga Suaminya



Datuk Siti Nurhaliza Tarudin Berehat Dari Membuat Persembahan Untuk Menjaga Suaminya | KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terus berehat daripada sebarang persembahan sehingga penghujung Mac ini untuk menjaga suaminya  akan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di New Zealand pada 13 Disember lalu.
Siti, 34, berkata, beliau akan kembali aktif dalam bidang seni pada April depan selepas keadaan suaminya benar-benar pulih daripada kecederaan yang dialami.
"Keutamaan kini adalah kepada suami yang masih menjalani sesi fisioterapi dan sebagai isteri saya perlu sentiasa berada di sampingnya untuk membantu dan memberi sokongan.
"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar saya akan kembali aktif pada April depan," jelasnya.
Siti ditemui pada sidang media :Memori Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza” di Hotel Royale Chulan di sini pada Rabu.
Persembahan bersempena minggu setiausaha itu dijadualkan akan diadakan pada 11 April depan.
Dalam pada itu, Siti berkata, Khalid atau lebih mesra dengan sapaan Datuk K menunjukkan peningkatan selain bersemangat dalam proses pemulihannya.
Siti berkata, sebagai isteri beliau berbesar hati dapat menjaga suaminya itu sendiri tanpa mengharapkan bantuan pihak lain.
"Syukur keadaan suami bertambah baik namun masih perlu berhati-hati dalam pergerakan tangannya dan rawatan fisioterapi masih dilakukan.
"Rutin saya kini lebih kepada menemaninya membuat rawatan tersebut selain membantunya dalam melakukan sesuatu yang melibatkan tangan kanan dan keperluan sehariannya.
"Baru tahu betapa susahnya menjadi seorang suri rumah dan menjaga keperluan suami sepenuh masa.
"Bagaimanapun saya berbesar hati kerana dapat menjaga sendiri suami dalam keadaannya yang memerlukan sokongan daripada isterinya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Royale Bintang, Siti berkata, beliau amat berbesar hati dipelawa menjayakan acara berkenaan.
Jelas Siti, acara itu juga akan menjadi persembahan pertamanya selepas bercuti panjang dan berharap penonton yang hadir akan bergembira pada hari itu nanti.
"Boleh dikatakan ia adalah persembahan kemunculan semula saya selepas beberapa bulan berehat dan ia perlu dirancang dengan rapi," jelasnya.
Siti bagaimanapun masih belum memikirkan konsep persembahan namun berjanji akan memberikan kelainan kepada tetamu yang hadir.
"Aubrey Suwito akan bertindak sebagai pengarah muzik dan saya akan berbincang mengenai konsep persembahan namun yang pasti lagu-lagu hit akan dipersembahkan," jelasnya.
Siti juga memberitahu beliau akan menghadiahkan barangan koleksi peribadinya kepada penonton bertuah selain beberapa acara selingan lain.
Artis baru, Lokman Aslam turut dijemput sebagai penyanyi jemputan pada acara itu nanti.
Tiket dijual pada harga RM3500 hingga RM5500 untuk sebuah meja dan RM350 hingga RM550 untuk seorang.

0 komentar:

Posting Komentar