Searching...
Senin, 18 Februari 2013
05.19 0

3 tahun Bercinta, Baru Tahu Tunangnya Tiada Dara



3 tahun Bercinta, Baru Tahu Tunangnya Tiada Dara | Saya dan tunang bakal melangsungkan perkahwinan 2 bulan lagi. Saya seorang lelaki yang mempunyai teruna dan mempunyai latar belakang agama yang agak kuat.  Baru-baru ini saya terdetik untuk bertanya kepada bakal isteri tentang ‘dara’ si dia. Alangkah terkejutnya saya apabila akhirnya setelah berkali-kali ditanya, tuning saya akhirnya mengaku bahawa dia sudah tidak dara lagi.

    Walaupun si dia nampaknya seperti benar-benar sudah berubah dan menyesali masa silamnya, tetapi saya sukar untuk menerima kenyataan ini. Bayangkan setelah 3 tahun kami bercinta, si dia langsung tidak memberitahu kisah lampaunya. Wajarkah saya putuskan hubungan ini? Walaupun saya terlalu mencintai dirinya? Haruskah saya memaafkan si dia dan lupakan segala yang berlaku? Saya tertekan.

Jawapan:

Perit untuk diungkapkan. Tapi itulah dikatakan suratan takdir yang saudara perlu tempuhi. Segala keputusan samada untuk menjadikan si dia teman hidup saudara terletak pada saudara sendiri. Sebagai seorang lelaki,  adakah anda masih akan menjadikannya isteri yang sah walaupun mungkin dia bukan dara lagi?

Walau menangis air mata darah sekalipun, nasi sudah menjadi bubur. Dara yang hilang sudah tidak boleh diganti lagi. Walaupun mungkin si lelaki sudah berkali-kali hilang terunanya, dara seorang wanita tetap menjadi ketentuan. Hari ini mungkin kita agak jarang mendengar persoalan teruna lelaki kerana beberapa sebab. Mungkin kerana hal ini tidak lagi menjadi topik penentuan nilai seorang lelaki. Atau mungkin juga sudah terlalu ramai yang bukan teruna lagi apabila mereka bernikah dan membina keluarga.

Tetapi kita sebagai manusia, tidak dapat dijangka dan tafsir apa yang ada dalam kotak pemikiran masing-masing hatta bakal isteri kita sekalipun. Kepercayaan sesebuah perhubungan tidak menjamin ke jinjang pelamin setelah diuji dengan beribu dugaan. Semuanya telah berubah sekelip mata. Percayalah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesunguhnya Allah tidak akan membebani seseorang hambanya melainkan dengan kesangguppannya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah ayat 216.

Sesungguhnya iblis dan keturunannya akan meraung dan berteriak sekuat hati, tatkala mendengar seorang lelaki dan wanita ingin mendirikan rumah tangga. Kerana itulah kadang-kadang teramat sukar untuk mengambil keputusan berkahwin dengan alasan belum bersedia. Kerana beratus jutaan anak iblis bersarang dalam hati seorang lelaki dan wanita yang ingin berkahwin.

0 komentar:

Posting Komentar