Tiket percuma dari Air Asia
AIRASIA menawarkan 10,000 tempat duduk percuma bagi penerbangan di antara Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia sempena program integrasi 1Malaysia AirAsia yang dilancarkan Sabtu lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tiket percuma itu boleh didapati menerusi laman sesawang www.airasia.com dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan sah bermula hari ini selama 24 jam, bagi tempoh penerbangan 14 Januari sehingga 4 Februari 2013.
Penumpang hanya perlu membayar cukai lapangan terbang bagi setiap tempat duduk percuma yang ditawarkan, manakala tambang dan caj bahan api dikecualikan.
Bagaimanapun, bagasi, hidangan dalam penerbangan, lokasi tempat duduk dan perkhidmatan lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma ditawarkan.
Penerbangan itu hanya sah untuk penerbangan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu) atau Timur Malaysia ke Semenanjung Malaysia (Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru).
Kapal terbang khas 1Malaysia dilancarkan pada Sabtu lalu dalam memperingati program integrasi 1Malaysia AirAsia. Kira-kira 600 liter atau 121 tin cat digunakan 20 pekerja untuk menyediakan pesawat khas dalam tempoh 12 hari dan pesawat itu akan berulang-alik laluan yang meliputi lebih daripada 70 destinasi di 20 negara dengan membawa jenama 1Malaysia.
0 komentar:
Posting Komentar