Searching...
Rabu, 02 Januari 2013
17.38 0

Sejarah nama Pasir Puteh


Bandar Pasir Puteh terletak di tebing Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer ke selatan Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai Pasir Puteh, tempat ini terkenal sebagai Pangkalan Limbungan.
Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah Sultan Muhammad IV melawat tempat berkenaan di mana baginda begitu kagum dengan keputihan dan kilauan pasir sepanjang pantainya. Pada tahun 1911, Sultan telah bersetuju menamakan tempat berkenaan Pasir Puteh yang bererti pasir pantai yang putih.

 Tempat ini juga merupakan tempat dimana, pahlawan Kelantan iaitu Tok Janggut membina pasukan kepahlawanan Melayu bagi menentang kewujudan cukai di Kelantan.

Pada tahun sebelum 1911, Jeram dekat Pasir Puteh diperintah oleh seorang pembesar yang bergelar Seri Maharaja Tua.



sumber FB : kelab pencinta sejarah kelantan

0 komentar:

Posting Komentar