Searching...
Selasa, 15 Januari 2013
04.22 0

Kenapa Apex pilih Leuniey?



KUALA LUMPUR : Telah disatukan sebagai suami isteri, pasti ramai yang tertanya-tanya apa keistimewaan dimiliki Leuniey Natasha sehingga berjaya mencuri hati Khairul Fahmi Apex yang juga penjaga gawang negara dan Red Warrior inikan?

Sebenarnya bukan mudah mencungkil rahsia dari jejaka berkulit cerah ini kerana pemilik nama Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex ini seorang yang pemalu. Namun, portal Murai sendiri agak terkejut apabila Apex memberitahu yang dia terpikat dengan Leuniey kerana suri hatinya itu pandai membuat Pavlova!


Masakan tidak, sudah tentu kami menjangkakan jawapan ‘klisye’ seperti ‘dia lemah lembut’ , ‘dia sopan santun’ atau ‘dia pandai menjaga hati’ sebagai jawapan! Tetapi telahan itu meleset apabila Apex memberitahu Pavlova buatan Leuniey adalah pengikat kasih sayang mereka berdua.

“Saya sukakan Leuniey sebab dia pandai memasak. Yang paling best, dia pandai buat Pavlova dan kek. Tapi Pavlova dia yang buat saya cair,” katanya sambil ketawa.

Selain itu, Apex mengaku dia menyenangi sikap dan cara pemikiran Leuniey yang matang dari usianya. Katanya, walaupun baru berusia 21 tahun, Leuniey sangat matang dan tidak mudah melenting apabila dia dikaitkan dengan kontroversi atau cerita-cerita panas.

“Leuniey tak pernah panjangkan cerita bila saya dikaitkan dengan kontroversi, sampai saya sendiri tertanya-tanya…tak cemburu ke minah ni? Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur ditemukan dengan seorang wanita yang sangat memahami karier saya dan selain pandai ‘menjaga’ saya, dia juga pandai ambil hati ibu dan bapa saya,” akui Apex sambil tersenyum.

Sebelum mengakhiri perbualan dengan bakal pengantin ini, kami sempat berpesan kepada Apex supaya cepat dikurniakan cahaya mata dan tidak merancang keluarga.

Dalam tawa besar, Apex menjawab: “Saya tak nak rancang keluarga, rezeki zuriat Allah yang bagi, saya pun berharap akan dapat baby cepat-cepat.”-murai.com.my

0 komentar:

Posting Komentar