Jangan buka lampu semasa tidur!!!
Sebenarnya, bagi korang yang selalu tidur dengan lampu menyala ne ada bahayanya sebab boleh berisikomenghidap penyakit leukemia. Mengikut kajian yang dibuat, penyelidik menyatakan bahawa tubuh kita perlukan suasana gelap dalam menghasilkan proses kimia yang melawan kanser iaitu menghentikan produksi zat melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russel Reiter dari Texas University mengatakan “sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah mereka yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun di diagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Satu persidangan berkaitan tentang penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam berbanding dengan yang tidak pernah memasang lampu waktu tidur.
Hal ini dikatakan memberi tekanan kepada produksi melatonin di dalam badan dimana normalnya berlaku antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian sebelum ini telah menunjukkan bahawa golongan yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift malam yang memiliki risiko untuk terkena kanser payudara (pekerja wanita).
Orang buta tak ada masalah terhadap proses melatonin dalam diri mereka dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Bagi ibu bapa, mereka disarankan untuk menggunakan mentol lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
sumber
0 komentar:
Posting Komentar