Searching...
Jumat, 04 Januari 2013
18.36 0

iPhone 4S cuma rm800?kenapa murah?



Iphone 4S dijual pada harga yang amat murah iaitu sekitar Rm 500-1500 di sekitar ruang air pancur KLCC.
‘Bro, belilah Iphone 4S ni. Saya kasi bro harga special RM800 je, siap dengan kotak dan pengecas phone sekali ni,’ tawar seorang lelaki tempatan kepada seorang wartawan ketika meninjau aktiviti penjualan gajet secara haram di kawasan pancur air di KLCC baru-baru ini.

Hasil perbualan dengan lelaki itu, gajet yang dijualnya ini adalah tulen, akan tetapi tiada jaminan sama ada ganti rugi atau pertukaran sekiranya rosak seperti yang dijual di kedai telefon yang lain.

“Biasanya saya jual kepada orang asing sekitar RM1,800 bagi sebiji smartphone jenis ini dan mereka akan membelinya terus kerana harganya yang sangat murah. Kalau orang kita pula, saya jual RM800. Hari ni saya boleh kurangkan harga lagi, jika abang nak,” tawar lelaki tersebut yang terlibat dalam penjualan gajet secara haram di sekitar KLCC.

Lelaki yang melakukan kegiatan terbabit bergerak secara berkumpulan dan berlakon seperti pengunjung di taman berkenaan.


Mula-mula mereka akan mengenal pasti pengunjung sebelum menghampiri lalu menawarkan gajet berkenaan yang disimpan dalam sebuah beg kecil yang dibawa kemana-mana.

Menurut seorang pelancong dari Iran yang dikenali sebagai Ahmed, 39, mengakui telah didatangi oleh dua lelaki tempatan dan menawarkan iPhone 4s dengan harga RM1,500.

Mereka menyatakan bahawa software dan smartphone tersebut adalah original. Tetapi mereka tidak memberikan jaminan ganti rugi atau pembaikian jika ada sebarang kerosakan.

Menurut Zuraidi Razak, 28, yang berasal dari Marang, Terengganu menyatakan orang ramai boleh ditipu memandangkan urusan dilakukan tanpa resit dan jaminan kerosakan barang.

“Jika kegiatan ini terus berleluasa dan ramai pelancong yang tertipu, maka sudah tentu akan menyebabkan tempat ini tercemar. Para pelancong pasti merasa tidak selamat bagi berkunjung ke sini kerana bimbang ditipu lagi dengan sindiket penjualan gajet seperti ini. Saya berharap pihak berkuasa memantau kawasan ini bagi memastikan kegiatan ini tidak berleluasa kerana sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan imej KLCC,” ujar Zuraidi bersahaja.-melayukini.net

0 komentar:

Posting Komentar