Searching...
Selasa, 22 Januari 2013
21.00 0

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Gas




Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa minuman bergas banyak membawa keburukan terhadap kesihatan manusia. Di dalam artikel ini akan menerangkan dengan lebih terperinci lagi supaya anda mengetahui bagaimana ia boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda.
(1) Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
(2) Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.
(3) Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.
(4) Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.

0 komentar:

Posting Komentar