Searching...
Senin, 10 Maret 2014
12.14 0

Thailand akan Tubuh Pangkalan Data Kes Kehilangan Pasport Pelancong

Thailand akan Tubuh Pangkalan Data Kes Kehilangan Pasport Pelancong

Pihak berkuasa Thailand akan mewujudkan pangkalan data mengenai kehilangan pasport pelancong bagi menangani isu keselamatan berikutan pendedahan bahawa dua penumpang pesawat #dimanaMH370 yang hilang, menggunakan pasport yang dicuri di negara ini.

"Saya akan kemukakan syor mengenai penubuhan pangkalan data mengenai kehilangan pasport ini kepada Ketua Polis Nasional Diraja Thailand Jen Adul Saengsingkaew," kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Surapong
Tovichakchaikul kepada media di Pusat Pemeliharaan Keamanan dan Ketenteraman Awam (CMPO) di sini hari ini.

Beliau berkata penubuhan pangkalan data itu akan memudahkan urusan penyampaian maklumat tentang pelancong yang kehilangan pasport ketika berada di Thailand kepada Interpol.

"Ini akan membolehkan Interpol menjalankan penyiasatan terhadap kes kehilangan pasport di negara ini," katanya.

Thailand menjadi perhatian ramai berikutan tersebarnya berita bahawa dua
penumpang penerbangan #dimanaMH370 yang hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi Sabtu membeli tiket dengan menggunakan pasport yang dicuri di Thailand.

Bagaimanapun, Surapong berpendapat kes kecurian pasport itu tidak akan menjejaskan imej Thailand sebagai destinasi pelancongan popular.

Beliau menasihati semua pihak supaya tidak membuat andaian bahawa kehilangan
pesawat berkenaan mempunyai kaitan dengan tindakan keganasan dan sebaliknya
menunggu hasil siasatan mengenainya.

Sementara itu, Surapong mengutuskan ucapan simpati kepada Menteri Luar
Malaysia Datuk Seri Anifah Aman melalui telefon berhubung insiden penerbangan
MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang ketika dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Beliau berkata kerajaan Thailand sedia memberi sokongan dan bantuan untuk
membantu mencari pesawat itu. - Bernama

0 komentar:

Posting Komentar