Sekitar Wajah-Wajah Disebalik Nama Penumpang Dan Krew MH370
PESAWAT Malaysia Airlines MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari 13 negara, termasuk China, Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Australia sebelum ia hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Lebih dari sekadar senarai nama, mereka merupakan insan yang istimewa dan disegani dengan masing-masing mempunyai kisah untuk diceritakan. Kesemua gambar-gambar di bawah ini diambil daripada akaun Facebook mereka yang dibuat untuk dilihat secara umum.
ANDREW NARI: Merupakan seorang penyokong kuat pasukan Liverpool, Andew Nari turut merupakan peminat muzik yang mendengar muzik-muzik Dire Straits, Pink Floyd dan Steve Vai. Ketua Pramugara MAS dari Sibu, Sarawak ini menyiarkan gambar bersama Datuk Lee Chong Wei di Facebooknya pada 2 Mac lalu dengan mengucapkannya 'selamat maju jaya' pada Kejuaraan All England Birmingham.
WONG SAI SANG: Wong Sai Sang, 52, tidak akan berada di pesawat yang hilang itu sekiranya dia tidak terlepas bagi penerbangan yang lebih awal. Dia pergi ke Beijing bersama dua rakan sekerjanya untuk mempromosikan produk syarikat mereka. Wong yang baru sahaja menyambut hari lahirnya pada Jumaat, terus menuju ke lapangan terbang selepas kerja. Pengurus kanan pemasaran dari Raub, Pahang itu bekerja di Kuala Lumpur. Wong merupakan seorang yang suka melakukan trekking. Dia gemar berkongsi gambar-gambar isterinya, Tan Kui Leng, di Facebook.
JUNAIDI MOHD KASSIM: Seorang lelaki yang menyayangi keluarganya apabila menyiarkan gambar hari buku laporan, sambutan ulang tahun dan sesi tuisyen anak-anaknya di Facebook. Junaidi Mohd Kassim, 37, dari Petaling Jaya menjadi pramugara sejak 1997. Bapa kepada dua orang anak, yang berusia 9 dan 11 tahun ini pernah menulis: "Jika anda tidak bersedia untuk menjadi ibu bapa maka jangan mempunyai anak, orang-orang di sekeliling anda bukan pembantu rumah anda." Perancang korporat Afiz Ayub, 30, berkata, abang iparnya berkelakuan aneh sebelum menaiki penerbangan itu. "Dia lebih tenang daripada biasa. Dia memberitahu saya untuk menjaga keretanya kerana tiada sesiapa yang dapat melakukannya".
HADRIEN WATTRELOS dan ZHAO YAN: Wattrelos, 17, dan Zhao Yan, 18, bersama-sama mendaftar di Lycee Francais International de Pekin. Remaja Perancis yang ceria itu kelihatan seperti pasangan comel dalam gambar yang disiarkan di laman Facebook Wattrelos pada 29 Julai 2013, disertakan dengan perkataan "Je t'aime (Saya suka kamu)." Menurut Facebooknya, kampung halaman Wattrelos ialah Paris tetapi dia tinggal di Beijing.
ZHAPO PENG: Zhao Peng, 24, dari etnik Hebei merupakan pekerja binaan yang menamatkan kontraknya dan dalam perjalanan pulang ke China untuk berjumpa isteri dan anak lelakinya berusia setahun. Dia menaiki penerbangan itu bersama dua temannya, Wang Yong Qiang, 29, dan Yao Li Fei, 30.
sumber : mstar online
0 komentar:
Posting Komentar