Searching...
Senin, 10 Maret 2014
12.00 0

Penumpang 'Hantu' Bukan Lelaki Asia

Penumpang 'Hantu' Bukan Lelaki Asia

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman hari ini mengesahkan bahawa kedua-dua penumpang lelaki yang menaiki #dimanaMH370 menggunakan pasport curi, tidak memiliki wajah Asia.

"Kami berulang kali melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya pada sidang akhbar - taklimat terakhir dari pihak berkuasa
Malaysia untuk hari ini.

Azharuddin enggan menjawab pertanyaan sama ada lelaki itu mempunyai rupa
Afrika, tetapi menyatakan hal itu masih disiasat oleh pakar keselamatan.

Beliau menegaskan selepas meneliti video (CCTV) dari kawasan berlepas, semua protokol keselamatan dipatuhi.

"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau.

Azharuddin berkata radius operasi mencari Boeing 777-200 milik Malaysia
Airlines itu diperluaskan dari 50 batu nautika kepada 100 batu nautika dalam
kawasan laut Igari hingga ke Sumatra Utara di kawasan darat.

Beliau berkata, operasi itu yang masih dipanggil operasi mencari dan menyelamat selepas masuk hari ketiga, dijalankan `dari blok ke blok'.

"Kapal dan pesawat ditugaskan meliputi setiap blok. Seterusnya kita akan perluaskan lagi (kawasan liputan)," kata beliau.

Terdapat dua kawasan carian utama. Satu di pantai timur Semenanjung Malaysia, satu lagi di Selat Melaka.-hmetro

0 komentar:

Posting Komentar