Searching...
Jumat, 07 Maret 2014
00.38 0

Nota Terakhir Dari Mangsa Bunuh Diri Yang Amat Menyentuh Jiwa

Nota Terakhir Dari Mangsa Bunuh Diri Yang Amat Menyentuh Jiwa


“Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya…cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.”

Itulah nota pesanan dihantar seorang lelaki melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak dan adik beradiknya sebelum membunuh diri, malam kelmarin.

Mayat mangsa Zulkifli Tinggal, 44, dari Kampung Contoh Suang Parai Menggatal, dekat sini, ditemui mati tergantung di sebatang pokok oleh seorang saudaranya Reedy Ruzel, 23, jam 9 malam, sebelum menghubungi polis.

Difahamkan, tangan kiri mangsa turut ada kesan kelar dipercayai sebelum membunuh diri Zulkifli terlebih dulu mengelar tangannya menggunakan benda tajam sebelum menggantungkan diri.

Menurut Reedy, sebelum kejadian, mangsa (Zulkifli) ada menemuinya dan memaklumkan hendak keluar jam 6 petang.

“Ketika hendak keluar, Zulkifli meminta maaf jika ada melakukan kesalahan dan jika hendak menemuinya…Zulkifli memberitahu supaya mencarinya di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.

“Pada jam 7.30 malam, Zulkifli menghantar SMS kepada saya dan ahli keluarga lain mengatakan “Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya…cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.

“Kami ingatkan Zulkifli bergurau dan tidak mengambil berat dengan SMS dihantarnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin. -hmetro

0 komentar:

Posting Komentar