Mustahil Zaharie Sabotaj MAS - Rakan Sekerja
Rakan sekerja juruterbang di Malaysia Airlines (MAS) mempertahankan Kapten Zaharie Ahmad Shah apabila siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 kembali menumpukan anak kapal dan penumpang dalam pesawat itu
Juruterbang-juruterbang yang telah bekerja bersama dengan Kapten Zaharie selama beberapa tahun berkata, mereka tidak mempercayai bahawa beliau berupaya untuk mensabotaj penerbangannya sendiri.
"Beliau seorang yang baik hati dan tidak akan berfikir untuk melakukan apa-apa seperti ini (sabotaj)," kata seorang teman rapat kepada Zaharie.
"Zaharie sentiasa senyum dan bersedia dengan jenakanya," kata seorang lagi juruterbang yang pernah terbang bersama dengan Zaharie sebelum ini.
Katanya, Zaharie tidak akan melakukan sesuatu seperti itu.
Mengenai laporan beberapa blog dan halaman Facebook yang mengatakan bahawa Zaharie telah diperkenalkan oleh seorang rakan juruterbangnya kepada seorang guru agama bernama Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Mifthaul Ulum. seorang bekas rakan sekerjanya berkata bahawa perkara itu tidak benar.
Menurut salah satu daripada blog terbabit, juruterbang itu didakwa menyertai aktiviti tabligh dan menyuarakan hasratnya untuk membantu membangunkan sekolah-sekolah agama Islam.
Di akauan Facebook milik Zaharie, yang dikemaskininya pada 3 Januari lalu, tidak memberi sebarang petunjuk mengenai sebarang pandangan pelampau. Kebanyakan kenyataan yang dikongsikannya berkaitan dengan pandangan politiknya, yang mana beliau menyokong Pakatan Rakyat dan mengkritik Barisan Nasional.
Manakala kenyataan lain yang dikongsikan mengenai hobinya termasuk menerbangkan dan menambahbaik simulator penerbangannya, memasak dan melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.-mstar online
0 komentar:
Posting Komentar