Searching...
Senin, 17 Maret 2014
19.08 0

Kes Cerai Antara Nur Liyana Dan Romi Ditangguh

Kes Cerai Antara Nur Liyana Dan Romi Ditangguh


KLANG - Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini menangguhkan sesi soal semula perbicaraan kes fasakh melibatkan Nur Liyana Manan, 29, (plaintif) dan suaminya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, (defendan) sehingga 14 April depan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin selepas mendengar permohonan peguam plaintif, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang memohon tarikh baru untuk meneliti dokumen berkaitan.

Terdahulu, Kamar Ainiah memberikan alasan bahawa dia baru dilantik oleh anak guamnya, Nur Liyana Jumaat lalu bagi menggantikan peguam terdahulu.

Peguam yang mewakili Romie Razin Aidilha, Rubiah Jaafar bagaimanapun tiada bantahan dan bersetuju dengan permohonan Kamar Ainiah.

Nur Liyana memfailkan fasakh mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) pada 1 Oktober 2013.

Sebelum ini, nama pasangan suami isteri ini menjadi hangat di media massa selepas Romie dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon jelita.-sinar harian

0 komentar:

Posting Komentar