Kenapa Saya Pula Perlu Minta Maaf? - Liyana Manan
Semalam Hanez Suraya dan Mr R telahpun mengadakan PC untuk menjernihkan keadaan dan menerangkan perkara yang sebenar dan dalam PC tu jugak Hanez ada meminta Liyana Manan meminta maaf secara terbuka selepas menfitnah Hanez sebagai punca penceraiannya dan suaminya, Romie Razin Adilha.
“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”
Mendirikan rumah tangga selama 8 tahun, Liyana Manan berkata memang dia ada menfailkan penceraian pada tahun 2011 atas sebab suaminya berlaku curang dan ini merupakan kali ke-2 dia menfailkan penceraian.
“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,”
Mungkin dahpun tawar hati dengan rumah tangganya, Liyana Manan inginkan segala-galanya selesai terlebih dahulu sebelum suaminya berkahwin dengan Hanez Suraya.
“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,”
Kredit : Berita Harian
0 komentar:
Posting Komentar