Searching...
Tampilkan postingan dengan label gossip. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gossip. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Maret 2014
17.45 0

Reen Rahim Tidak Kisah Dikritik Isu Berbikini

Reen Rahim Tidak Kisah Dikritik Isu Berbikini 

Gambar berbikini miliknya yang dikongsi menerusi Instagram ketika bercuti di Thailand telah mendapat komen negatif daripada para peminat.

Menariknya Reen Rahim memberitahu yang setiap gambar yang dimuat naik akan ditapis terlebih dahulu untuk memastikan tidak menimbulkan provokasi dan kontroversi. Kata Reen Rahim menerusi Harian Metro:-

    Apa yang saya kongsi adalah diri saya sebenar. Kalau orang tengok di luar atau dalam gambar adalah orang yang sama. Sudah tentu setiap gambar yang hendak dimuat naik akan saya tapis dulu. Cuma sampai bila saya kena plastik (hipokrit) padahal di luar saya berbeza.
    Ini adalah diri saya, sama ada dalam gambar atau di luar. Tapi jangan salah anggap saya masih jaga batas dan adab. Teguran itu boleh tapi kalau kritik dengan biadap saya tak boleh terima sebab keluarga lebih kenal saya macam mana.
    Saya akan fikirkan kesan baik dan buruknya sebelum saya muat naik apa-apa gambar sebab saya sedar akaun itu boleh dilihat masyarat. Bagi saya gambar yang dikongsi itu tidak keterlaluan dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah.

Lagi 6 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.









sumber : beautifulnara
Rabu, 05 Maret 2014
19.47 0

Kenapa Saya Pula Perlu Minta Maaf? - Liyana Manan

Kenapa Saya Pula Perlu Minta Maaf? - Liyana Manan 

Semalam Hanez Suraya dan Mr R telahpun mengadakan PC untuk menjernihkan keadaan dan menerangkan perkara yang sebenar dan dalam PC tu jugak Hanez ada meminta Liyana Manan meminta maaf secara terbuka selepas menfitnah Hanez sebagai punca penceraiannya dan suaminya, Romie Razin Adilha.


Liyana Manan pula melalui kenyataannya berkata:

    “Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”

Mendirikan rumah tangga selama 8 tahun, Liyana Manan berkata memang dia ada menfailkan penceraian pada tahun 2011 atas sebab suaminya berlaku curang dan ini merupakan kali ke-2 dia menfailkan penceraian.

    “Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,”

Mungkin dahpun tawar hati dengan rumah tangganya, Liyana Manan inginkan segala-galanya selesai terlebih dahulu sebelum suaminya berkahwin dengan Hanez Suraya.

    “Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,”

Kredit : Berita Harian
Jumat, 15 November 2013
20.06 0

PERKARA MENARIK FBI BERSAMA HOT FM


Pelbagai reaksi di atas perletakan FBI sebagai penyampai radio Hot FM Sepanjang lapan tahun berkhidmat semestinya pelbagai pahit manis yang di lalui oleh FBI. Jom kita lihat perkara menarik yang di lalui oleh FBI.



1. Berbasikal kira-kira 500 kilometer bersama Fara Fauzana untuk dua peringkat Utara dan Selatan bagi mempromosikan stesen Hot FM yang masih baru ketika itu.

2. Berpeluang menemuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bermain dam dengannya.

3. Menukar rancangan AMCrew untuk tribute kepada Michael Jackson yang meninggal dunia secara mengejut pada hari terbabit.

4. Tahun pertama memenangi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di Anugerah Bintang Paling Popular 2006 merupakan saat paling manis dalam hidupnya kerana ia kemenangan yang tidak dijangka.

5. Pelbagai gimik telah dibuat sepanjang bertugas di HotFM, namun yang paling diingatinya adalah persandingan antara Fara Fauzana dan Ally Iskandar.

6. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar pada hari pertama Hot FM ke udara, Faizal langsung tidak tidur kerana teruja, berdebar dan membuat segala persiapan.

7. Ketika Final Piala Malaysia 2009 yang menyaksikan Kelantan bertemu Negeri Sembilan, Faizal mengambil kesempatan menemuramah Menteri Besar kedua-dua negeri tersebut. Buat julung kalinya, suara Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkumandang di Hot FM.

8. Berbesar hati dengan peluang yang diberikan oleh penaja Telekom Malaysia yang memberikan peluang kepada Faizal untuk ke udara secara langsung di seluruh Malaysia dan Bali.

9. Pada tahun 2008, anak kedua Faizal telah meninggal dunia yang memberikan tamparan begitu hebat kepada penyampai radio itu sekeluarga. Dia mengambil cuti hampir sebulan kerana belum bersedia untuk bertugas.

10. Mendapat kejutan nyanyian harijadi daripada artis yang diminati dan dikaguminya iaitu Dato’ Siti Nurhaliza yang dirancang oleh Fara Fauzana. Itu memori yang tidak dapat dilupakan kerana Dato’ Siti Nurhaliza merupakan ikon dalam bidang nyanyian.

11. Mengenakan isteri dan anaknya melalui rancangan Panggilan Hangit sehingga membuatkan anaknya menangis kerana gurauan tersebut.

12. Merupakan penyampai radio pertama yang menemuramah Yuna yang pada ketika itu belum memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya tetapnya. Faizal ketika itu memaksa penerbitnya mencari nombor telefon Yuna untuk ditemuramah. Tambah menarik, Yuna turut meminta nasihat Faizal sama ada ingin serius dalam bidang nyanyian atau sebaliknya.
Senin, 25 Februari 2013
18.54 0

Julia Ziegler Tetap Enggan Berbaik Semula Dengan Sharifah Sakinah



Julia Ziegler Tetap Enggan Berbaik Semula Dengan Sharifah Sakinah | PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler mengambil pendirian tidak mahu berbaik dengan pelakon Sharifah Sakinah sekalipun aktres tersebut meminta maaf kerana dikatakan menjadi punca tercetusnya fitnah terhadap Julia beberapa tahun lalu.

Menurut Julia,29, kejadian tersebut merupakan pengalaman paling buruk buatnya selama bergelar artis sehingga membuatkan dia untuk lebih berhati-hati dalam berkawan.

"Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.

"Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus," ujarnya kepada mStar Online,di sini, Isnin.

Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan dingin antara dia dan aktres Sharifah Sakinah, 24, sejak beberapa tahun lalu yang kembali diperkatakan orang.

Tambah Julia, pertemuannya sehingga membuatkan dia bersalaman dengan Sharifah Sakinah sebelum ini terjadi secara tidak sengaja di sebuah majlis tetapi ia bukan bererti hubungan mereka sudah kembali jernih.

"Ya, kami ada bersalaman tahun lalu di sebuah majlis, itu pun kerana saya tidak perasan individu tersebut adalah dia (Sharifah Sakinah) kerana dia memakai kostum dan solekan yang mengubah penampilannya.

"Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya," ujar Julia.

Sementara itu, Julia yang kini sibuk dengan latihan teater Asmara Songsang yang bakal ditayangkan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini menganggap kehidupan sekarang lebih tenang.

"Alhamdulillah sekarang kerjaya dan bisnes berjalan lancar, kehidupan peribadi juga lebih tenang selepas menunaikan umrah tahun lalu dan saya nampak apa yang saya inginkan dalam hidup," katanya.-mstar online
Rabu, 30 Januari 2013
20.00 0

Hubungan Nora Danish & Qi Razali Heboh Berpunca Dari Intagram




Hubungan Nora Danish & Qi Razali Heboh Berpunca Dari Intagram | AMPANG: Pelakon Nora Danish menjelaskan perbuatannya yang memuat naik gambar dia bersama pengacara Qi Razali menerusi laman sosial foto Instagram menjadi punca mereka digosipkan mempunyai hubungan intim.
Kata Nora, 31, disebabkan Qi Razali atau nama sebenarnya Kushairi Mohammed Razali, 36, masih bujang, dia merasakan tidak salah untuk mengabadikan gambar-gambar mereka menerusi laman sosial tersebut tetapi sayang sekali ia menjadi sensasi.
“Qi masih bujang dan begitu juga saya yang solo kembali. Semasa penggambaran filemBencinta arahan Farid Kamil di Langkawi, saya mengambil peluang memasukkan gambar-gambar kami menerusi Instagram,” katanya kepada mStar Online pada pelancaran koleksi barang kemas Pandora keluaran Habib Jewels di sini pada Rabu.
Nora diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anggota kumpulan OAG itu yang masih diperkatakan umum.
Tambah Nora, dia dan Qi sememangnya rapat tetapi hanya ketika penggambaran filem berkenaan sahaja.
Dalam pada itu Nora mengakui berasa pelik apabila sejak akhir-akhir ini dia sering dikaitkan dengan pelakon-pelakon lelaki yang pernah digandingkan dengannya seperti Adi Putra, Shaheizy Sam, Anuar Zain serta Qi sendiri.
"Tidak lama lagi saya akan menjalani penggambaran drama cinta arahan Michael Ang dengan aktor Indonesia Randy Pangalila. Diharap tidak ada gosip yang berlaku antara kami,” katanya.
Jelas Nora, dia agak kurang selesa dengan gosip-gosip seperti itu kerana perkara tersebut akan memberi kesan buruk apabila anaknya iaitu Putera Rayqal Ramli Rizal yang kini berusia empat tahun besar kelak.
Katanya, tentu sekali Rayqal akan memikirkan sesuatu apabila membaca kisah-kisah yang kurang manis mengenai ibu sendiri.
Dalam perkembangan lain Nora diberi tanggungjawab menggayakan koleksi terbaharu barang kemas Pandora bersama-sama artis seperti Marsha, Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta Datuk Yasmin Yusoff sempena tarikh hari kekasih iaitu 14 Februari depan.
"Pandora merupakan salah satu jenama barangan kemas kesukaan saya. Malah saya akan membeli setiap satu 'charm' di negara-negara yang telah saya kunjungi untuk dihiaskan pada gelang tangan saya.
"Kiranya setiap 'charm' yang ada pada gelang saya mempunyai kisah dan kenangan yang tersendiri untuk diingati," ujarnya.
Senin, 21 Januari 2013
00.15 0

Kalau Ada Rezeki, Saya & Rozita Che Wan Akan Kahwin Tahun Ini – Zain Saidin


Ini sememangnya berita yang menggemparkan dunia hiburan. Kalau sebelum ini Zain Saidin seringkali digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Rozita Che Wan, hari ini Zain tampil menerusi portal GUA mengesahkan yang dia akan berkahwin dengan Rozita pada tahun ini.
zain kahwini rozita
Malah Zain Saidin mengakui yang hubungannya dengan Rozita Che Wan adalah hubungan cinta yang serius. Kata Zain:-
Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini.
zain bercinta rozita
Umum mengetahui yang Rozita Che Wan adalah ibu kepada 2 orang anak lelaki. Bercakap mengenai hal tersebut, Zain Saidin menyatakan yang hubungannya dengan anak Rozita Che Wan adalah sangat baik. Kata Zain:-
Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka.
Admin tengok Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini memang seperti pinang dibelah dua. Memang sama cantik dan sama padan. Semoga dimurahkan rezeki dan perancangan yang dibuat akan terlaksana. Tak sabar rasanya untuk melihat mereka berdua di atas pelamin. Tak gitu?
Minggu, 20 Januari 2013
22.41 0

Saya Akan Pertahankan Anak-Anak & Hak Saya – Rita Rudaini


Tahukah anda isu perebutan hak jagaan anak Rita Rudaini bersama suaminya, Aidil Zafuan masih belum selesai lagi? Tahun lepas Rita berjaya membatalkan tuntutan kembali taat namun Aidil mengemukakan permohonan cerai dan penjagaan anak di mahkamah yang lain.
aidil dan rita
Kesian pun ada juga sebenarnya melihat kemelut yang melanda rumahtangga mereka ini. Seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya. Sedikit sebanyak ia pasti memberikan kesan negatif kepada 2 orang anak mereka. Namun Abang Nara respek semangat Rita yang akan terus berjuang mempertahankan haknya seperti yang diberitahu menerusi Kosmo.
November lalu saya sudah berjaya membatalkan perintah kembali taat atau nusyuz yang difailkan oleh Aidil (suami). Sekarang ini, saya ada satu lagi saman ke atas Aidil berkenaan bayaran nafkah bulanan diri saya dan anak-anak. Tapi, lepas dia gagal dengan tuntutan kembali taat di Petaling Jaya, Aidil ada failkan semula kes baharu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. Kali ini dia kemukakan permohonan cerai dan penjagaan anak. Bagi saya, fail sahajalah kes itu seluruh negara sekali pun, saya akan ikut rentak dia dan pertahankan hak saya. Sebagai ibu, saya akan pertahankan anak-anak saya dan sebagai isteri saya akan pertahankan hak saya. Sebelum ini dia tarik balik permohonan cerai, sekarang dia ingin bercerai pula. Kalau mahu bercerai, saya akan persoalkan apa salah saya. Saya berani sebab saya tahu bahawa saya tidak buat salah.
rita
Abang Nara pasti peminat-peminat Rita Rudaini berharap agar tahun 2013 akan membawa sinar bahagia ke dalam kehidupan Rita dan anak-anak. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari dan kes mereka ini dapat ditamatkan secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan agar Rita dan anak-anak dapat mengecapi erti bahagia yang sebenar.