Empat Penumpang Tidak Hadir Di KLIA Dengan Tempahan Sah Untuk 'Check in'
SYARIKAT Malaysia Airlines hari ini mengeluarkan kenyataan menjelaskan berkenaan lima penumpang yang dikatakan telah mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Menurut MAS, terdapat empat orang penumpang yang sudah membuat tempahan tetapi tidak muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac untuk menaiki pesawat berkenaan.
“Oleh itu, isu pengeluaran bagasi lima orang penumpang tidak wujud, kerana empat orang penumpang berkenaan tidak pun melakukan daftar masuk untuk penerbangan berkenaan,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan di laman web rasmi MAS sebentar tadi.
Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan pihak MAS sudah mengeluarkan bagasi lima orang penumpang dari pesawat kerana mereka didakwa tidak menaiki penerbangan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya menafikan perkara itu dalam sidang media pukul 3 petang tadi.
Beliau berkata semua individu yang membuat tempahan untuk penerbangan itu menaiki pesawat MH370 menurut apa yang diperolehi dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).-siakapkeli
0 komentar:
Posting Komentar