Dakwaan Lima 'airport haram' Dijawab
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan lima lapangan terbang haram yang terdapat dalam program simulasi milik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ada hubungkait dengan kehilangan MH370.
"Tidak timbul isu sebegini dalam siasatan MH370, pihak polis sepatutnya sudah boleh mendedahkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan kecelaruan dan percanggahan pendapat oleh mana-mana pihak," katanya pada sidang media di Hotel Sama-sama di sini, semalam.
Pada 16 Mac lalu, pihak polis telah menyerbu rumah Zaharie selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan pesawat itu menukar haluannya dengan sengaja.
Pihak polis memeriksa program simulasi milik juruterbang itu untuk menyiasat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang koordinasi penerbangan beliau.
Semalam, media tempatan melaporkan, hasil pemeriksaan polis mendapati, terdapat lima lapangan terbang terbiar berada dalam latihan simulator juruterbang terbabit.
Tambah Hishammuddin, "adalah perkara biasa bagi seorang juruterbang memiliki program simulasi di rumah, tak perlu buat sebarang andaian tidak berasas.
"Ia hanya akan memburukkan keadaan," katanya.-sinar harian
0 komentar:
Posting Komentar