Searching...
Senin, 10 Maret 2014
21.59 0

Anak Penyanyi Terkenal Berdepan Hukuman Penjara

Anak Penyanyi Terkenal Berdepan Hukuman Penjara


Anak kepada pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, Abdul Qadir Jaelani, 13, bakal berdepan dengan hukuman penjara berikutan kemalangan yang menyebabkan tujuh orang maut pada September tahun lalu.

Jurucakap Mahkamah Daerah Jakarta Timur, Djaniko Girsang berkata, hukuman maksimum kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian ialah enam tahun penjara.

Namun katanya, oleh kerana Abdul Qadir masih lagi di bawah umur ketika kejadian, hukuman mungkin akan dikurangkan kepada tiga tahun sebagaimana yang diumumkan panel hakim pada perbicaraan.

“Abdul Qadir hanya akan menjalani separuh daripada tempoh hukuman yang dijatuhkan oleh panel hakim kerana dia masih di bawah umur,” katanya memetik laporan kompas.com.

Perbicaraan diajlankan secara tertutup ekoran Abdul Qadir masih lagi dibawah umur dan Mahkamah menangguhkan perbicaraan pada minggu hadapan bagi mendengar testimony daripada pihak saksi.

Dalam kejadian pada September tahun lepas, Abdul Qadir didakwa memandu dengan laju di Jalan Jagorawi di Cibubur, di sini setelah menjemput teman wanitanya.

Dia kemudiannya dikatakan gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kereta jenis Mitsubishi Lancer itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh dua buah kenderaan.

Sebuah kenderaan yang terbabit ketika kejadian sedang membawa 13 orang penumpang. Akibat kejadian itu, Abdul Qadir menrima rawatan di hospital selama hamper empat minggu dan menjalani lima pembedahan di Hospital Pondok Indah, Jakarta Selatan. – ABNXCESS.COM

0 komentar:

Posting Komentar