Searching...
Senin, 10 Maret 2014
21.57 0

Luahan Hati Dari Chef Wan Buat Krew MH370

Luahan Hati Dari Chef Wan Buat Krew MH370


JIKA sebelum ini Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak Malaysia Airlines (MAS), kali ini dia meluahkan rasa simpatinya kepada seorang krew penerbangan MH370 yang dikenali sebagai ‘Rainhasnan’ di akaun Instagramnya.

Kerjayanya sebagai chef antarabangsa menyebabkan dia kerap kali terbang ke luar negara sekaligus menyebabkan dia selalu bertemu dengan krew tersebut.

Menerusi akaunnya, Chef Wan menulis:

“I discovered that he was onboard the MAS flight to Beijing. Over the years he has attended to me on several flight abroad and we spoked and laughed about many things. A very sad and tragic news indeed. (Saya mengetahui bahawa dia berada dalam penerbangan MAS ke Beijing. Sejak beberapa tahun lalu, kami berada dalam penerbangan yang sama, kami berbual dan ketawa dalam banyak hal. Berita ini cukup menyedihkan dan tragis.)


Sama-sama kita doakan agar mereka berjaya ditemui dengan selamat dan dapat bertemu semula dengan ahli keluarga tercinta.-mynewshub

0 komentar:

Posting Komentar