Saya Tidak Ditaja
Dalam tempoh lima tahun berkecimpung dalam bidang seni, nama pelakon berbakat Ika Nabella tidak pernah sunyi dari dikaitkan dengan gosip mahupun kontroversi.
Bermula perbalahan dengan pengikut laman sosial, gosip bercinta dengan ‘pengkid’, nama Ika terpalit lagi dengan gosip terbaru yang mendakwa dirinya ditaja pihak tertentu kerana kerap bercuti ke destinasi luar negara, sejak kebelakangan ini.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim, 24, berkata, dia kecewa dengan gosip yang turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang seni tanah air.
“Gosip yang mendakwa saya ditaja seseorang itu tidak berasas sama sekali. Hakikatnya, saya memang suka melancong dan meneroka keindahan negara orang sejak dulu.
“Malah, saya juga sanggup bekerja siang dan malam mengumpul wang untuk bercuti ke luar negara, sekali gus merehatkan fikiran selepas penat di lokasi penggambaran. Saya minta tolong hentikan gosip saya ditaja itu kerana setakat ini saya masih mampu melancong dengan duit sendiri,” katanya. - Hmetro
0 komentar:
Posting Komentar