Mohd Mentor Disahkan Bebas Dari Tuduhan R0G*L,Dedah Sebab Zatul Dakwa Dirinya DiR0G%L
Juara Mentor musim keempat, Mohd, mengesahkan dirinya bebas dari tuduhan mer0g#l teman wanitanya, perserta mentor musim keenam, Zatul. Penyanyi berusia 25 tahun itu juga mengumumkan keputusan kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘no futher action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya.
“Di sini saya mengumumkan status kes dakwaan saya mer0g#l seorang wanita pada tahun lalu, saya tidak bersalah dan bebas dari tuduhan tersebut. Pihak polis memaklumkan kepada saya kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘no futher action’ (NFA). Peguam saya telah meminta surat kenyataan rasmi sebagai bukti mengesahkan saya tidak bersalah. Tetapi menurut pihak polis, surat itu tidak dikeluarkan kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah.”
“Pihak polis juga memberitahu saya jika mana-mana pihak inginkan bukti pengesaan saya tidak bersalah, mereka boleh lah merujuk di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya. Tetapi selepas wanita tersebut membuat laporan, saya ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis. Selama empat hari berada dalam tahanan, saya disoal siasat dan dibawa ke klinik untuk ujian DNA. Tetapi keputusan ujian tersebut tidak menunjukkan saya pernah meniduri wanita itu. Sekaligus tiada bukti-bukti kukuh menunjukkan saya bersalah. Juga tidak ada bukti-bukti menunjukkan saya tidak bersalah. Jadi tuduhan itu didapati sebagai tuduan palsu”, jelas Mohd.
Mohd juga berkata, kontroversi ini cukup memalukan dirinya serta keluarganya malah bukan saja reputasinya tercalar tetapi perjalanan kariernya juga terjejas teruk. Walaubagaimanapun buat masa ini Mohd tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap protegge Ogy Ahmad Daud itu. Tetapi Mohd menegaskan, dia mahu Zatul memohon maaf secara terbuka dan mengakui bahwa dakwaan itu tidak benar.
“Tuduhan ini cukup memalukan saya dan keluarga. Kerjaya nyanyian saya terjejas teruk. Saya beri 3 bulan kepada dia (Zatul) tampil memohon maaf secara terbuka dan membuat perjelasan kepada media mengenai tuduhannya itu da saya mahu dia bersihkan nama saya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya”, tegas Mohd.
Pada masa sama penyanyi berkulit hitam manis ini juga berkata dia tidak menyangka perkenalannya bersama Zatul hanya selama sebulan telah mengheretnya dengan satu kes yang cukup memberikan kesan terhadap dirinya. Kata Mohd, sejak dari awal lagi hubungan dia dan Zatul hanyalah sekadar teman biasa. Tetapi selepas sebulan Zatul ada menunjukkan mahu perhubungan mereka lebih dari sekadar kawan. Bahkan Zatul pernah mengajak Mod berkahwin.
“Saya kenal Zatul sewaktu diundang ke pentas final Mentor6. Dari situ kami bertukar nombor telefon. Kami hanya kawan biasa. Tapi Zatul pernah meluahkan perasaannya terhadap saya. Tetapi ketika itu saya katakan padanya, lebih baik kami berkawan dahulu. Bahkan dia pernah mengajak saya berkahwin. Katanya, segala persiapan perkahwinan telah siap dan saya hanya bawa badan saja untuk berkahwin”, katanya.
Lega dan bersyukur apabila dirinya disahkan tidak bersalah, ujar Mohd fokusnya kini adalah mahu membersihkan namanya dan kembali aktif dalam dunia nyanyian dan seddia mencuba alam dunia lakonan.
Sumber: malaysiandigest.com
0 komentar:
Posting Komentar