Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Sebagai Duta Produk Aura White?
Nampaknya kontroversi yang melanda Hanez Suraya benar-benar memberi kesan kepadanya apabila nama Hanez sebagai duta produk pemutihan kulit, Aura White sudah pun ditarik balik.
Menurut sumber, Aura White terpaksa berbuat keputusan drastik sedemikian kerana enggan menjejaskan jualan produk mereka di kalangan pelanggan setia ekoran duta mereka Hanez dihimpit isu merampas suami orang.
Dengan penamatan kontrak aktres itu, hanya setahun sahajalah nampaknya Hanez membawa Aura White. Dalam perniagaan, siapa yang tak mahu untung, Kalau dah nama duta terjejas dengan kisah kontroversi, secara tidak langsung perkara itu turut memberi kesan kepada produk yang diiklankan mereka.
Kepada Hanez, diharapkan selepas ini dia lebih berhati-hati dalam melakukan setiap tindak-tanduk. Kontroversi yang dicetuskan sebelum ini bukan sahaja mencemarkan imej bahkan menutup periuk nasinya sendiri.
sumber
0 komentar:
Posting Komentar