Searching...
Minggu, 16 Maret 2014
19.08 0

Di Dunia Mungkin Dia Boleh Terlepas - Zatul

Di Dunia Mungkin Dia Boleh Terlepas - Zatul


Mohd Mentor telah pun mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol  Zatul baru-baru ini. Keputusan tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya oleh pihak polis. Susulan itu, Mohd telah memberi tempoh 3 bulan kepada Zatul untuk memohon maaf kepadanya atas tuduhan tersebut. Sememangnya ia satu tuduhan yang berat dan telah menjatuhkan maruah penyanyi lelaki ini.

Namun begitu hari ini menerusi Mstar Online Zatul dilihat enggan memberikan sebarang komen dan tidak menyatakan persetujuannya untuk meminta maaf seperti yang dimohon oleh Mohd. Kata Zatul:-

Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini. Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya.

Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian. Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia (Mohd) terlepas. Jadi, biarlah


Untuk makluman, sekiranya Zatul gagal memohon maaf dalam tempoh 3 bulan ini, Mohd akan mengambil tindakan undang-undang. Nampak gayanya Zatul kenalah berfikir sedalam-dalamnya. Pihak polis telah pun menyiasat dan membuat keputusan yang jelas menunjukkan Mohd tidak bersalah. Sama-samalah kita nantikan. - beautifulnara

0 komentar:

Posting Komentar