Searching...
Rabu, 22 Februari 2012
00.20 0

Ubuntu Untuk Android,Smartfon Ke Desktop

Ubuntu kini boleh dipasang pada telefon bimbit Android. Komponen asas Ubuntu dan Android adalah sama, iaitu Linux. Untuk menggunakan Ubuntu pada telefon Android, Anda perlu memiliki docking station. Konsep serupa seperti ditonjolkan pada Motorola Atrix.
Apabila telefon Android diletakkan pada dock, sambungan akan dibuat ke monitor, sistem bertukar ke Ubuntu dan Anda boleh menggunakan telefon bimbit seperti menggunakan sebuah desktop komputer siap dengan keyboard serta mouse. Konsep sebegini pernah kami tampilkan dalam liputan lalu di mana Samsung Galaxy Nexus menjadi desktop pc.

Ubuntu untuk Android adalah perisian sistem operasi Ubuntu yang disimpan dalam telefon bimbit. Android. Apabila tidak diletakkan pada dock, telefon itu menggunakan sistem Android.

Apabila letakkan pada dock, secara automatik sistem Ubuntu keluar 2-3 saat selepas itu. Apabila diangkat dari dock, sistem telefon bertukar ke Android semula tanpa memberi kesan ‘lag’ atau menjadikan telefon Android Anda tiba-tiba kaku semasa pertukaran Ubuntu ke Android berlaku.

Anda boleh menjawap panggilan telefon, membalas sms, memindah foto, melayari internet, mendengar muzik dan menonton video apabila menggunakan Ubuntu pada telefon bimbit Android. Ia dilengkapi software asas seperti Chromium, versi Google Chrome untuk telefon bimbit, juga ada Google Calendar, Google Docs, Android Dialer serta VLC Player untuk memainkan video. Semua perisian percuma.

Ubuntu untuk Android masih lagi dalam peringkat pembangunan. Lebih banyak perkembangan akan diberitahu kelak oleh pihak Canonical, syarikat pembikin Ubuntu. Mereka akan menguumumkan teknologi ini pada MWC2012 nanti.

[ dari Ubuntu ]

0 komentar:

Posting Komentar