KUALA LUMPUR – Kehebatan penghibur nombor satu asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad tetap dikenang hingga kini oleh ramai pihak walaupun telah 20 tahun beliau meninggalkan dunia ini.
Penghibur nombor satu asia itu merupakan seorang ‘penghibur’ yang bukan sahaja boleh menyanyi, menari mahupun melukis malah dilaporkan mempunyai kelulusan jurusan undang-undang Universiti Malaya.Namun, mungkin ramai terlupa tarikh beliau menghembus nafas terakhir sewaktu berusia 38 tahun iaitu pada 22 Februari 1992.
Mengingati tarikh pemergian seniman tersebut maka Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan satu Majlis Tahlil buat penyanyi legenda negara berkenaan pada 23 Februari ini.
RTM melalui satu kenyataan memberitahu, Majlis Tahlil tersebut dijadual diadakan Masjid Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula pukul 7 malam.
sumber
0 komentar:
Posting Komentar