Searching...
Jumat, 17 Februari 2012
01.44 0

Saintis Rusia Temui Kala Jengking Di Planet Kejora

Saintis Rusia Temui Kala Jengking Di Planet Kejora (Venus) | Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan makhluk misteri di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu.

Imej menunjukkan pergerakan makhluk misteri seakan-akan kala jengking atau ketam di permukaan Planet Venus
Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk misteri berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.
Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu.

Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk misteri berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.
“Makhluk itu ‘muncul, bergerak dan kemudian menghilang. Lupakan teori yang menyatakan bahawa tiada hidupan di Planet Venus kerana teori terbaru ialah Kejora dan Bumi kelihatan mempunyai persamaan,” katanya dalam laporan di jurnal Penyelidikan Saintifik Sistem Suria yang dipetik akhbar Daily Mail.
Suhu di planet Kejora sebelum ini dikatakan mencapai 464 darjah Celcius dan permukaannya sentiasa dipenuhi kabus tebal berasid akibat kesan gas rumah hijau di atmosfera.
Saintis di Universiti Teknologi California, Profesor Andrew Ingersoll, berkata teori baru ketika ini memang menunjukkan bahawa Bumi dan Kejora ada persamaan. Beliau berkata ada kemungkinan banyak air di Planet Venus dan ada banyak karbon dioksida di Bumi.
Suatu masa dulu mungkin pernah wujud lautan di Kejora, tetapi saintis percaya tiada cecair di planet itu selama hampir dua bilion tahun. Bagaimanapun, Ksanfomaliti berkata kemungkinan wujud hidupan di planet itu masih tidak boleh dinafikan.
Sementara itu, beberapa pihak berpendapat, kenyataan Ksanfomaliti memerlukan banyak lagi penyelidikan lanjut berikutan wujud beberapa keraguan.
Seorang profesor di Universiti Arizona berpendapat imej makhluk misteri bergerak diambil satelit Venus-13 mungkin tidak menunjukkan adanya hidupan di Kejora. “Ia mungkin hanya komponen mekanikal,” katanya.
Agensi Penyelidikan Angkasa Lepas Amerika (NASA) pula berpendapat, imej bergerak itu besar kemungkinan adalah lensa kamera yang tertanggal dan jatuh di permukaan Kejora.
“Kita perlu kajian lanjut,” kata seorang pegawai agensi itu. – Agensi(BHO)

0 komentar:

Posting Komentar