Searching...
Tampilkan postingan dengan label tempatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tempatan. Tampilkan semua postingan
Jumat, 21 Maret 2014
05.33 2

Detik-Detik Pihak Bomba Pecahkan Simen Keluarkan Mayat Ahli Perniagaan (5 GAMBAR)

Detik-Detik Pihak Bomba Pecahkan Simen Keluarkan Mayat Ahli Perniagaan (5 GAMBAR)


Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.

Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu.

Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang.

"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan ke Bukit Pelandok itu.

"Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu," katanya.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian. -Harian Metro

Sumber Gambar: JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA melalui Facebook rasmi mereka berkongsi bagaimana proses memecahkan simen untuk mengeluarkan mayat seperti dibawah:









04.50 0

Jawapan Balas Dari Chef Wan Isu Persenda Penemuan Objek yang Dikatakan Pesawat MH370

Jawapan Balas Dari Chef Wan Isu Persenda Penemuan Objek yang Dikatakan Pesawat MH370


Chef selebriti Datuk Chef Wan akur dengan sebarang tindakan terhadap beliau yang ‘mempersenda’ insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagrammya di @chefwan58.

Katanya, ianya hanyalah satu gurauan untuk melihat reaksi orang ramai terhadap gambar yang dimuatnaik beliau yang kemudiannya dipadam.

Beliau yang berada di sebuah pantai pagi tadi memberitahu pihak krew untuk berjenaka dan lihat reaksi orang Malaysia yang suka "melatah dan mengutuk orang."

“Saya percaya bahawa ada yang pernah bergurau tentang isu ini dalam beberapa hari lepas namun saya sengaja meletakkan gambar itu di Instagram untuk melihat reaksi orang ramai.

“Tidak sampai 10 minit, saya dihubungi oleh Ayie Murai.com… Benar bahawa orang Malaysia suka mencari sebab untuk memburukkan orang lain walaupun ia bertujuan untuk membuat orang ketawa dan ia merupakan satu jenaka,” kata beliau menerusi Instagram.

Beliau juga akur dengan sebarang tindakan terhadap beliau.

“Saya terima segala akibat susulan tindakan saya. Saya sengaja melakukannya dan saya berjaya.”

Dalam entri itu, Chef Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Sementara itu, menurut undian yang dilakukan di AstroAwani.com, 80.68 peratus mahu Chef Wan meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Malaysia Airlines manakala 7.41 peratus bersikap neutral terhadap insiden berkenaan.


Kamis, 20 Maret 2014
18.45 0

Kenyataan Dari Hishammuddin Mengenai Kehilangan MH370

Kenyataan Dari Hishammuddin Mengenai Kehilangan MH370


Berikut adalah kenyataan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media di Sepang, Selangor hari ini mengenai gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang:

Imej Satelit Australia 

"Pada pukul 10 pagi ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)
menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia (Tony Abbot), yang memaklumkan kepada beliau bahawa 'dua objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan gerakan mencari' MH370 telah dikenal pasti di selatan Lautan Hindi.

"Pihak berkuasa Australia di Kuala Lumpur juga telah memberi taklimat kepada saya tentang perkara itu, manakala Menteri Luar Australia pula telah berhubung dengan Menteri Luar Malaysia.

"Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) terus menyelaras usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di kawasan mencari dan menyelamat negara itu, dengan bantuan Angkatan Pertahanan Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika.

"Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) Australia AMSA menerima imej satelit yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan gerakan mencari MH370.

"RCC Australia mendapatkan penilaian pakar tentang imej satelit komersial itu hari ini. Imej berkenaan dirakam oleh satelit. Ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan pesawat terbabit.

"Penilaian tentang imej ini dibuat oleh Pertubuhan Risikan Geopastial Australia yang mendapati ia mungkin merupakan petunjuk mengenai serpihan yang terdapat di barat daya Perth.

"Berikutan maklumat ini, empat pesawat dikerah semula ke satu kawasan 2,500 kilometer di barat daya Perth.

"Sebuah pesawat P-3 Orion Tentera Udara Diraja Australia tiba di kawasan itu pada kira-kira pukul 10.50 pagi. Tiga lagi pesawat dikerah oleh RCC Australia ke kawasan berkenaan, termasuk Orion kedua RAAF, sebuah Orion tentera Udara Diraja New Zealand dan sebuah P-8 Poseidon Tentera Laut Amerika.

"Pesawat Poseidon itu dijangka sampai awal tengah hari ini. Orion kedua RAAF Orion dijangka berlepas dari Pangkalan RAAF Pearce, Perth, pada lewat tengah hari. Orion Zealand pula dijadualkan berlepas tengah hari ini.


Aset yang digunakan

"Pencarian MH370 merupakan usaha yang melibatkan pelbagai negara. Berikut saya berikan kepada anda maklumat terkini tentang aset yang digunakan.

"Dalam tempoh operasi ini dijalankan, Panglima Angkatan Tentera telah menghubungi rakan sejawatan beliau dari pelbagai negara, termasuk:
Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Maldives, Nepal, New Zealand, Singapura, Thailand, Vietnam, UK dan Amerika.

"Kesemua mereka memberi sokongan penuh dan menawarkan bantuan. Oleh kerana fokus pencarian ini telah beralih daripada Laut China Selatan dan Selat Melaka ke koridor utara dan selatan, maka rakan antarabangsa kami terus menghulurkan segala bentuk sokongan yang termampu oleh mereka.

"Sejumlah aset telah digunakan dalam fasa tertentu dalam operasi mencari dan menyelamat ini.

"Kini, 18 kapal, 29 pesawat dan enam helikopter daripada kapal digunakan di sepanjang koridor utara dan selatan, seperti berikut:

Pesawat 

Di koridor utara, terdapat empat pesawat:
dua dari Malaysia, satu dari Jepun dan satu dari Amerika

Di koridor selatan, terdapat 25 pesawat:
dua dari Malaysia, lima dari Australia, tiga dari China, empat dari Indonesia, dua dari India, empat dari Jepun, satu dari New Zealand
dua dari Korea Selatan, satu dari UAE dan satu dari Amerika


Kapal

Kesemua 18 kapal digunakan di koridor selatan:

enam dari Malaysia, satu dari Australia, lima dari China dan enam dari Indonesia

Operasi ini juga melibatkan enam helikopter:
tiga dari Malaysia dan tiga dari China.

"Selagi kami tidak pasti bahawa kami sudah menemui MH370, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan di kedua-dua koridor berkenaan.

"Saya ingin mengesahkan bahawa Malaysia menghantar dua pesawat ke Kazakhstan, manakala UK pula merancang menghantar sebuah kapal ke koridor selatan.

"Di samping aset yang saya senaraikan tadi, beberapa negara di koridor utara juga menjalankan operasi mencari dan menyelamat di wilayah masing-masing:

China menggunakan semua cara yang ada, termasuk 21 satelit, untuk membuat carian di wilayahnya dan bersedia menghantar lebih banyak kapal serta pesawat apabila diperlukan.

Di Kemboja, empat helikopter menjalankan operasi mencari di wilayahnya.

Tentera Udara Laos menjalankan operasi mencari di wilayah Laos.

Singapura menggunakan Pusat Gabungan Maklumat Antarabangsanya, yang Malaysia juga mempunyai wakilnya, untuk memaklumkan kepada pelaut dan membantu dalam kerja mencari.

Tentera Thailand menjalankan operasi mencari di bahagian utara Thailand dengan menggunakan semua pesawat yang ada.

Dan Vietnam menjalankan operasi mencari di wilayahnya dengan menggunakan sejumlah pesawat yang tidak dinyatakan.

Secara keseluruhannya, ini merupakan suatu kerahan pasukan antarabangsa secara besar-besaran. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan kami yang memberi kerjasama dalam fokus kami untuk terus mencari MH370.

Penjagaan keluarga

"Pasukan peringkat tinggi yang saya umumkan semalam berlepas ke Beijing petang ini.

"Saya juga ingin mengesahkan bahawa para wakil kerajaan Malaysia telah bercakap dengan keluarga yang hadir di sini semalam.

"Di samping itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China, dan Duta Besar China di Malaysia, akan mengetuai satu taklimat hari ini untuk keluarga dari China yang kini berada di Kuala Lumpur.

"Ia akan turut dihadiri Jabatan Penerbangan Awam, Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan MAS. Taklimat serupa juga akan diadakan untuk keluarga lain.

Kata penutup

"Kepada keluarga dari seluruh dunia, satu-satunya maklumat yang amat mereka mahukan adalah maklumat yang belum kami ada ketika ini: lokasi MH370.

"Perkara yang menjadi fokus utama kami pada setiap masa ialah untuk mencari pesawat berkenaan. Dan pada setiap hari yang berlalu, kami telah melipatgandakan usaha kami.

"Semalam, saya berkata kami ingin mengurangkan kawasan mencari. Sekarang, kami sudah mendapat petunjuk yang boleh dipercayai. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dari segi kerahan aset. Usaha ini akan diteruskan dalam tempoh semalaman."- mStar Online
18.31 0

Takziah! Bob Ahli Kumpulan NowSeeHeart Meninggal Dunia

Takziah! Bob Ahli Kumpulan NowSeeHeart Meninggal Dunia



Takziah diucapkan kepada keluarga salah seorang ahli kumpulan nasyid Nowseeheart, Bob atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin yang telah meninggal dunia akibat sakit lemah jantung selepas berada di dalam koma sejak petang Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang kira-kira jam 12.04 tengah malam khamis lalu.

Berita sedih ini dikongsikan oleh rakan seperjuangan, Mujahid yang juga merupakan bekas ahli kumpulan itu menerusi akaun Facebook miliknya.

Media Hiburan Online mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.
05.32 0

Kapten Nik Ahmad Berkeyakinan Objek Yang Ditemui Adalah pesawat MH370 Yang Hilang

Kapten Nik Ahmad Berkeyakinan Objek Yang Ditemui Adalah pesawat MH370 Yang Hilang


"Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut:

Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang info konflik. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh.
Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan".
Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.

Ketika di tanya apakah objek pada bahagian pesawat itu:

Dimensi objek 24 Meter.
Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat(Pengimbang pesawat)
Ini berikutan imej berbentuk persegi
Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan.

Beberapa andaian yang turut dibuat Kapten Nik:

Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat.
Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan.


Rabu, 19 Maret 2014
21.33 0

Rakan Mangsa Lemas Cerita Detik Cemas

Rakan Mangsa Lemas Cerita Detik Cemas


“Saya nampak mereka terkapai-kapai, tapi tak boleh nak selamatkan, keadaan sangat bahaya, sudahnya saya hanya mampu menangis lihat mereka,” kata salah seorang mangsa yang selamat, Siti Azimah Mohd Fitri, 17.

Menurutnya, dia tidak mampu menyelamatkan dua rakannya itu berikutan tidak pandai berenang sebelum menjerit meminta bantuan seorang lagi rakan, Muhamad Putera Rafaii yang tidak jauh dari tebing Sungai Gading, lokasi dua mangsa ditemui lemas.

“Setibanya Putera ke tebing Sungai Gading, kami tidak nampak mereka lagi.

"Sebelum itu, kami bercadang untuk menyeberangi sungai itu untuk menjejaki kumpulan lain, tidak sangka jadi begini.

“Sungai itu kelihatan seperti kolam dengan air tenang. Kami ingatkan airnya cetek kerana dari tepi kami nampak dasar sungai itu hanya sejengkal, tidak sangka ia dalam.

Di antara kami, hanya Putera sahaja pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam.

Siti Azimah yang pernah mengikuti ekspedisi sama tahun lalu mengakui, masih trauma dan tidak bercadang mengikuti ekspedisi lasak kelak selepas kejadian meragut dua nyawa rakannya itu.

Katanya, dia bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga, namun masih bersedih.

“Walaupun boleh tidur, kadang-kadang saya masih teringat," katanya.

Sementara itu, Muhamad Putera turut menceritakan perit jerih mereka berdua meneruskan perjalanan mencari jalan pulang selepas berpisah dengan kumpulan lain selepas tragedi itu.

Katanya, mereka terpaksa mencari tempat teduh dengan tidur di celah-celah batu yang dingin ketika hujan lebat pada malam kejadian.

“Pada hari kedua, kami berusaha mencari mereka berdua di pesisir sungai dan menemui Adam Asraf Azman dalam keadaan tertiarap di tebing sungai. Kami berdua cuba menarik mayat Adam ke tepi tetapi kaki dia tersangkut dekat celah-celah batu.

“Kami sedih terpaksa meninggalkan dia (Adam) di situ sebelum berusaha mencari jalan keluar dengan menuruni gunung dan tidur kira-kira 500 meter dari mayat Adam,” katanya.

Muhamad Putera berkata, mereka memasang unggun api bagi mengelakkan kesejukan dan bergilir-gilir menjaga antara satu sama lain.

“Kami guna segala ikhtiar kehidupan yang dipelajari dalam ekspedisi ini dengan menggunakan sungai sebagai sumber minuman.

“Kami bernasib baik apabila membawa makanan dalam tin yang disandang sepanjang perjalanan itu dan ketika ditemui, kami ingin memasak makanan berikutan kelaparan dan keletihan,” katanya.

Pada Ahad lalu, empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Padang Rengas dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas.

Kehilangan keempat-empat pelajar itu disedari guru pengiring mereka ketika menuruni gunung tersebut kira-kira jam 2.30 petang.

Pelajar yang semuanya berusia 17 tahun menyertai perkhemahan yang dianjurkan kolej berkenaan bersama 21 pelajar lain dengan ditemani enam guru pengiring.-sinar harian
21.30 0

Tidak Mustahil Terbang rendah Tetapi ...

Tidak Mustahil Terbang rendah Tetapi ...


Kemampuan sesebuah pesawat komersial untuk terbang di altitud lebih rendah didorong oleh keupayaan enjin, bahan api dan kecekapan juruterbang, kata penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut beliau, apabila pesawat dibawa kepada ketinggian yang lebih rendah akan memberi tekanan kepada enjin dan pesawat untuk kekal dengan kedudukan stabil menyebabkan penggunaan bahan api bertambah dengan mendadak.

“Sekiranya pesawat itu dari ketinggian 35,000 kaki turun kepada 5,000 kaki, penggunaan bahan api akan bertambah, kerana pesawat terpaksa kekal dalam kedudukan yang  ‘stress’ dari segi keupayaan  enjinnya,” katanya ketika dipetik dalam wawancara bersama Astro Awani mengulas kebolehan dan limitasi pesawat Boeing777-200 milik MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Jelas beliau, ini antara aspek yang perlu difahami dari segi kejuruteraan penerbangan terutama  sifat dan karakter sebuah enjin pesawat yang  dibina supaya efisien untuk ketinggian altitud tinggi.

"Walaupun pesawat terbang di ketinggian 5,000 kaki, masih boleh dikesan oleh radar," katanya.

Ujarnya lagi, aspek lain yang tidak kurang pentingnya adalah keupayaan pesawat MH370 melakukan perubahan kedudukan dari segi perjalanan.

“Apa yang kita faham, dalam kedudukan yang lebih rendah tempat penerbangan itu memainkan faktor penting.

“Di mana kawasan itu, sebagai contoh di koridor utara, banyak kawasan pergunungan dan hutan tentulah kedudukan ini memainkan peranan penting kerana sebarang perubahan pesawat komersial seperti pesawat ini  tidak mudah berbanding jet pejuang F18 umpamanya yang dibina untuk melakukan perubahan kedudukan dengan tangkas tetapi tidak dibina bagi pesawat komersial,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, mengawal keadaan pesawat demikian hampir dengan bentuk muka bumi akan mendatangkan bahaya dan tekanan kepada juru terbang.

“Walaupun sebenarnya memang  pesawat dibina untuk ketahanan apa juga keadaan,  sama ada pada ketinggian 1000 kaki atau 35,000 kaki, kita perlu fahami perubahan tekanan udara  dan suhu itu berbeza pada setiap ketinggian,” katanya.- sinar harian
21.24 0

Julia,Anak Ko Dah Takde

Julia,Anak Ko Dah Takde

“Anak kau dah tak ada, dia dah meninggal dunia," demikian SMS mengejutkan yang diterima seorang ibu tunggal dikenali sebagai Julia, 25, daripada ibu kandungnya, pagi kelmarin.

Menurut Julia, sebaik sahaja sedar dari tidur kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut menerima banyak panggilan tidak berjawab diterima daripada ahli keluarga yang lain termasuk SMS memaklumkan anaknya, Siti Nuraisyah Mohd Razib, 3, meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, dia seolah-olah tidak percaya dengan berita itu dan berulang kali meminta kepastian daripada ibunya.

"Bila dah dijelaskan, saya bergegas balik  kampung. Luluh hati mengenangkan anak yang dikasihi pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Saya terkilan tak sempat berjumpa dengannya petang semalam (kelmarin),” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Nuraisyah sebelum ini mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala akibat terjatuh dari bilik air rumah bapa saudaranya di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Isnin lalu.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam jam 9.30 pagi keesokannya apabila mengalami muntah dan sesak nafas dan disahkan meninggal dunia 30 minit selepas menerima rawatan.

Julia yang bekerja di sebuah hotel terkemuka di ibu negara berkata, anaknya tinggal menumpang sementara di rumah salah seorang adiknya dan dia memang berhasrat mengambil Siti Nuraisyah untuk tinggal bersama di Cheras.

“Saya tinggalkan dia di rumah adik sebab nak selesaikan masalah perceraian dengan bekas suami. Saya memang rancang nak ambil Siti Nuraisyah tinggal dengan saya.

“Apa lagi boleh buat, semua ini kehendak ALLAH. Saya pasrah walaupun jauh di sudut hati rasa sangat perit," katanya.

Julia memberitahu, dia memang berhasrat berjumpa Siti Nuraisyah petang kelmarin setelah hampir dua minggu tidak bertemu anak ketiga daripada empat beradik itu, namun malangnya hasrat itu bertukar detik hitam yang memilukan.

“Kehilangannya dah tentu merentap jiwa saya, apatah lagi saya dah rancang nak jumpa dia. Tapi ALLAH lebih sayang padanya,” katanya.

Menurutnya, dia masih teringat kata-kata terakhir anaknya itu dan masih terbayang senyuman dilemparkan Siti Nuraisyah di rumah adiknya sewaktu dia ingin pulang semula ke Kuala Lumpur.

“Kali terakhir, saya sempat mandikan dia, kucup dahinya sepenuh hati," katanya.

Katanya, jenazah anaknya itu dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 37 Sekendi untuk disemadikan kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada Unit Kecemasan HTAJ Sabak Bernam kira-kira jam 10.05 pagi kelmarin.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas kejadian dia terjatuh tertiarap dari bilik air rumah bapa saudaranya itu dan kemudiannya kembali sedar, bagaimanapun mangsa mengalami sesak nafas keesokan paginya.

“Terdapat kesan lebam di kepala dan muka mangsa dan siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.- sinar harian
21.16 0

Sebahagian Besar Data Simulator Penerbangan Milik Kapten Zaharie telah Dipadam - Zahid Hamidi

Sebahagian Besar Data Simulator Penerbangan Milik Kapten Zaharie telah Dipadam - Zahid Hamidi


Kebanyakan maklumat dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini masih dalam siasatan polis telah dipadamkan pemiliknya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini semua input dalam simulator itu sedang diuji dan dikaji.

Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kaedah forensik untuk memperoleh semua maklumat yang telah dipadamkan itu.

"Harus diingat bahawa apa yang dilakukan pihak polis bukan untuk menuduh atau mahu menekan mana-mana anggota keluarga, tetapi dibuat untuk menjalankan siasatan paling teliti dan rapi supaya punca kejadian dapat diketahui.

"Kita kaji dan membuat siasatan jika terdapat beberapa kemungkinan untuk pihak polis mengkaji sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama para penjawat awam di sini Rabu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang itu untuk diperiksa oleh pakar dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari pesawat itu.

"Saya fikir polis sedang mengambil beberapa aspek terutamanya kita undang beberapa pakar yang terlibat dalam Boeing 777 dan pakar yang mengendalikan simulator latihan dan beberapa aspek teknologi maklumat (IT) kerana ia mempunyai kaitan dan pihak polis sedang minta kerjasama daripada pihak ini," kata Ahmad Zahid.

Menurutnya maklumat terperinci mengenai hasil siasatan itu belum dapat dimaklumkan memandangkan siasatan masih dijalankan.

"Saya yakin oleh kerana perkara ini sesuatu yang dikatakan 'pengendalian', saya beri kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara untuk memberikan maklumat apabila tiba masanya kepada media dan untuk diketahui masyarakat," katanya.

Ahmad Zahid berkata, polis turut melakukan penyiasatan di rumah pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, namun tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai penglibatannya jika pesawat itu dilencongkan.

Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan bahawa Malaysia tidak memberi kerjasama kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dan polis antarabangsa (Interpol) mengenai misteri kehilangan MH370.

"Kita yang minta mereka bekerjasama dengan kita kerana tidak boleh bersendirian dalam siasatan ini. Banyak negara itu mempunyai pengalaman mereka sendiri dari segi menangani kehilangan pesawat atau mempunyai sistem komunikasi yang boleh membantu mengesan di mana pesawat itu berada.

"Matlamat kita untuk mencari di mana kapal terbang itu. Kita bekerjasama rapat dengan semua badan perisikan antarabangsa," kata beliau.

Sementara itu, beliau berkata langkah-langkah keselamatan di kesemua pintu masuk negara akan terus diperketatkan dan ditambah baik termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami sudah ambil beberapa langkah. Saya sendiri yang telah mempengerusikan mesyuarat itu," katanya.

Penerbangan MH370 ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi, 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.-mStar Online
20.42 0

Keluarga Penumpang MH370 Buat Kecoh Di Hotel

Keluarga Penumpang MH370 Buat Kecoh Di Hotel


Satu siasatan segera diarahkan berhubung kekecohan yang berlaku di Hotel Sama-Sama di Sepang pada Rabu, apabila saudara-mara beberapa penumpang pesawat MH370 yang hilang, dikerumuni media.

"Saya telah mengarahkan siasatan segera berhubung insiden di bilik media hari ini (Rabu)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun Twitter rasminya, @HishamuddinH20.

Beliau juga berkata: "Saya memahami sepenuhnya apa yang mereka lalu. Semuanya ketika ini beremosi. Walaupun kita memahami kebimbangan mereka, kita cuba yang terbaik. Ianya begitu memilukan dan saya sendiri merasainya".

Beliau menambah bahawa Malaysia telah melakukan "segala-galanya dalam kuasanya untuk mencari MH370."

Insiden itu berlaku di auditorium di mana sidang media diadakan setiap hari, dan wartawan duduk di ruang legar bergegas untuk melihat apakah yang sedang berlaku.

Dipercayai bahawa sebahagian ahli keluarga penumpang MH370 mahu mendesak pihak berkuasa dan mencari jawapan mengenai kehilangan pesawat MH370.

Keadaan menjadi riuh dengan jeritan yang menyelubungi pusat media sebelum anggota keselamatan masuk dan mengiringi mereka ke bilik sekretariat media.- mstar Online
02.40 0

Tinggalkan Nama Dan Nombor Telefon Selepas Perk osa Gadis

Tinggalkan Nama Dan Nombor Telefon Selepas Perk osa Gadis


Seorang lelaki bersikap pelik apabila meninggalkan nombor telefon kepada wanita yang diro go lnya, sebelum melarikan diri dalam kejadian di Batu 7, Sandakan, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lelaki terbabit menceroboh rumah dua tingkat didiami mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual cermin mata melalui pintu dapur sebelum memasuki bilik tidur wanita terbabit di tingkat atas.

Difahamkan, mangsa yang berusia 20 tahun tersedar selepas lelaki tidak dikenali itu menutup mulutnya dan mengugut akan mencederakan mangsa jika menjerit. Selepas me ro go l mangsa, suspek dikatakan memberitahu namanya dan memberi nombor telefon selain berjanji akan datang semula ke rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata, siasatan awal mendapati adik mangsa tidur di bilik bersebelahan, manakala ibu bapa mereka di tingkat bawah rumah terbabit. - Berita Harian Online
02.19 0

Anak Kepada Ketua Pramugara MH370 Tangguh Ambil Keputusan Peperiksaan SPM

Anak Kepada Ketua Pramugara MH370 Tangguh Ambil Keputusan Peperiksaan SPM


Ahli keluarga kepada ketua pramugara penerbangan MH370, Andrew Nari pada Rabu mengesahkan bahawa anak perempuannya, Maira Elizabeth Nari tidak akan mengambil keputusan SPM yang akan diumumkan pada Khamis.

"Kami telah menghubungi pihak sekolah dan meminta mereka menyimpan dahulu transkrip keputusan kerana kami masih tidak mahu diganggu.

"Kami benar-benar menghargai jika semua orang boleh memberikan kami privasi yang sepatutnya pada masa ini," kata ahli keluarganya kepada The Star.

Terdahulu, Maira, menulis di Twitternya: "Keputusan SPM akan keluar esok, dan harap dia (bapanya) akan kembali pada masa itu. Tetapi tidak mengapa. Dia tetap di dalam hati saya."

Cuba untuk positif, Maira juga menulis: "Selamat berjaya calon SPM 2013! Mari kita berdoa dan berharap yang terbaik. Beri kebanggaan kepada ibu bapa kita. Percayalah pada diri sendiri, bertindak dan berfikir positif."-mstar Online
02.02 0

Simulator Kapten Zaharie Mungkin Beri Petunjuk MH370

Simulator Kapten Zaharie Mungkin Beri Petunjuk MH370


Siasatan polis terhadap kehilangan pesawat MH370 berkemungkinan besar akan memberi tumpuan terhadap Kapten Zaharie Ahmad Shah sama ada beliau telah melakukan pendaratan di lapangan terbang yang terdapat dalam simulator penerbangan di rumahnya.

Seorang pelatih juruterbang yang berpengalaman menerbangkan Boeing 777-200 berkata simulator yang terdapat di rumah Zaharie boleh membantu juruterbang membiasakan dirinya dengan mana-mana lapangan terbang dari bahagian selatan Lautan Hindi sehingga ke bahagian utara di Kazakhstan.

"Tekaan saya pihak polis yang telah memasang semula simulator miliknya cuba untuk melihat jika terdapat laluan penerbangan yang dicatatkan pada simulator sama dengan laluan MH370 yang mungkin telah diterbangkan.

"Polis juga boleh mencari sebarang lapangan terbang yang 'luar biasa' pada simulator yang digunakan untuk melakukan pendaratan, " kata pelatih juruterbang itu.

Beliau mengulas laporan pada Selasa yang memetik sumber mengatakan bahawa polis menemui lima buah lapangan terbang pada simulator milik Kapten Zaharie.

Lapangan terbang tersebut adalah Male di Maldives, pangkalan udara Amerika Syarikat, Diego Garcia, sebuah lapangan terbang di Sri Lanka dan lain-lain di selatan India, yang kesemuanya mempunyai landasan dengan panjang sekurang-kurangnya 1km.

Diego Garcia adalah pulau di Lautan Hindi di mana Tentera Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera laut dan udara dengan landasan yang mampu menampung pesawat besar.

Walaupun laporan itu belum disahkan tetapi jurulatih juruterbang itu berkata jika benar lima lapangan terbang dilihat pada simulator, "maka ia dilihat tidak baik untuk Kapten Zaharie."

CNN melaporkan pada 13 Mac bahawa Zaharie telah memaparkan bahawa beliau telah membina sebuah simulator penerbangan sendiri pada November 2012 di forum dalam talian Jerman, X- Sim.de .

"Kira-kira sebulan yang lalu saya selesai memasang FSX dan FS9 dengan enam monitor," dalam mesej yang ditandatangani Kapten Zaharie Ahmad Shah BOEING 777 MALAYSIA AIRLINES.

FS9 dan FSX adalah singkatan bagi Microsoft Flight Simulator (Versi 9) dan Simulator Penerbangan X (Version), dua daripada versi penerbangan yang paling baru dan popular di kalangan 'gamers' dan peminat penerbangan.

Versi semasa FSX dipasarkan bukan sahaja sebagai satu permainan tetapi sebagai bantuan latihan berguna untuk juruterbang.- mstar Online
Selasa, 18 Maret 2014
20.31 0

Foto 6 Kanak-Kanak Timbulkan Seribu Persoalan

Foto 6 Kanak-Kanak Timbulkan Seribu Persoalan


Sekeping gambar yang ditemui bersama seorang lelaki yang maut dilanggar bas ekspres di di kilometer 144 Jalan Kuantan – Segamat pada 9 Mac yang lalu menimbulkan persoalan kepada pihak berkuasa.

Akibat tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika keluar bersendirian, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mencari atau menghubungi waris kerana ketika kejadian hanya sekeping gambar enam kanak-kanak berkenaan yang ada dalam simpanan mangsa.

Walau bagaimanapun jenazah telah diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jaya memberitahu, ketika kejadian menimpa lelaki malang tersebut, bas ekspres datang dari arah Segamat menuju ke Kuantan dengan 12 orang penumpang.

“Punca kemalangan dipercayai, mangsa berjalan kaki di tengah jalan di laluan bas. Cuaca berkabus tebal serta gelap dan pemandu bas tidak nampak mangsa.

“Mangsa tercampak danjatuh ke dalam longkang. Mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa kurang siuman.

“Mangsa memakai baju kemeja lengan panjang warna merah berpetak dengan seluar panjang warna hitam. Ada tasbih di leher mangsa dan dua helai kain pelekat lusuh dibalut di dada,” katanya.

Kepada sesiapa yang kehilangan waris seperti yang digambarkan atau mengenali kanak-kanak yang terdapat dalam gambar diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Md Noor Othman di talian 019-9122011 atau Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, 09-4145222.
20.28 0

Dakwaan Lima 'airport haram' Dijawab

Dakwaan Lima 'airport haram' Dijawab


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan lima lapangan terbang haram yang terdapat dalam program simulasi milik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ada hubungkait dengan kehilangan MH370.

"Tidak timbul isu sebegini dalam siasatan MH370, pihak polis sepatutnya sudah boleh mendedahkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan kecelaruan dan percanggahan pendapat oleh mana-mana pihak," katanya pada sidang media di Hotel Sama-sama di sini, semalam.

Pada 16 Mac lalu, pihak polis telah menyerbu rumah Zaharie selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan pesawat itu menukar haluannya dengan sengaja.

Pihak polis memeriksa program simulasi milik juruterbang itu untuk menyiasat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang koordinasi penerbangan beliau.

Semalam, media tempatan melaporkan, hasil pemeriksaan polis mendapati, terdapat lima lapangan terbang terbiar berada dalam latihan simulator juruterbang terbabit.

Tambah Hishammuddin, "adalah perkara biasa bagi seorang juruterbang memiliki program simulasi di rumah, tak perlu buat sebarang andaian tidak berasas.

"Ia hanya akan memburukkan keadaan," katanya.-sinar harian
19.17 0

Soalan Dari Wartawan Perancis Buat Hishammuddin Bingung Dan Hairan

Soalan Dari Wartawan Perancis Buat Hishammuddin Bingung Dan Hairan


"Bolehkah anda mengesahkan bahawa anda adalah sepupu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)? Adakah anda dilindungi?" Soalan-soalan yang ditanyakan oleh seorang wartawan Perancis itu menghairankan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang selama ini telah menjawab pelbagai soalan yang sukar semasa sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Hairan ditanyakan soalan itu, Hismmuddin bertanya kepada dari organisasi media mana wartawan itu sebelum beliau menjawab soalan.

"Ya, saya boleh mengesahkan bahawa Najib adalah sepupu saya, dan saya tidak tahu saya sepatutnya dilindungi daripada apa," kata Hishamuddin yang hairanbingung, yang juga Menteri Pertahanan.

Soalan wartawan dan jawapan Hishammuddin itu mengundang gelak ketawa di kalangan pemberita di Hotel Sama-Sama di sini, Selasa.

Sejak MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200 hilang pada 8 Mac lalu, Hishammuddin mahir menangani pelbagai soalan daripada media dengan tenang.

Ramai memuji Menteri yang berusia 52 tahun itu kerana kemampuannya menangani pelbagai krisis dan menjawab soalan dengan baik.-mstar online
Senin, 17 Maret 2014
23.44 0

Tuduhan Kepada Ayah Satu Penderitaan Dan Kesakitan Kepada Keluarga - Aisyah Zaharie

Tuduhan Kepada Ayah Satu Penderitaan Dan Kesakitan Kepada Keluarga - Aisyah Zaharie


Beberapa hari lalu sehingalah ke hari ini, spekulasi mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam penglibatan rampasan pesawat MH370 masih bertiup kencang. Media barat khususnya masih menerbitkan artikel pendedahan maklumat yang mana pemberita Malaysia sendiri tidak ketahui.

Di samping itu, spekulasi "kehilangan" keluarga kapten Zaharie turut dimainkan, mendakwa Keluarga tersebut telah berpindah sehari sebelum kejadian itu berlaku.

Namun pada hari ini, Daily Mail telah melaporkan anak perempuan kepada kapten Zaharie telah terbang dari Australia untuk kembali ke pangkuan keluarganya, di Malaysia.

Aisyah Zaharie telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".

Sumber laman web Mirror pula berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar & tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.".

Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur. - Dailymail
19.39 0

Dendam Amerika Terhadap Mahathir

Dendam Amerika Terhadap Mahathir


Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi proksi-proksinya di Malaysia.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. -sumber
19.08 0

Kes Cerai Antara Nur Liyana Dan Romi Ditangguh

Kes Cerai Antara Nur Liyana Dan Romi Ditangguh


KLANG - Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini menangguhkan sesi soal semula perbicaraan kes fasakh melibatkan Nur Liyana Manan, 29, (plaintif) dan suaminya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, (defendan) sehingga 14 April depan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin selepas mendengar permohonan peguam plaintif, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang memohon tarikh baru untuk meneliti dokumen berkaitan.

Terdahulu, Kamar Ainiah memberikan alasan bahawa dia baru dilantik oleh anak guamnya, Nur Liyana Jumaat lalu bagi menggantikan peguam terdahulu.

Peguam yang mewakili Romie Razin Aidilha, Rubiah Jaafar bagaimanapun tiada bantahan dan bersetuju dengan permohonan Kamar Ainiah.

Nur Liyana memfailkan fasakh mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) pada 1 Oktober 2013.

Sebelum ini, nama pasangan suami isteri ini menjadi hangat di media massa selepas Romie dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon jelita.-sinar harian
19.05 0

Lima Landasan Dalam Simulator Kapten Zaharie Kini Disiasat Pakar

Lima Landasan Dalam Simulator Kapten Zaharie Kini Disiasat Pakar


Perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu ditemui pasukan penyiasat.

Walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie, kata sumber kepada Berita Harian.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter,” lapor BH. – Imej – BH