Juhi Chawla Luah Kekesalan Dengan Sikapnya
Ketika kerjaya lakonannya berada di puncak, Juhi Chawla, 47, menolak banyak tawaran berlakon dan kebanyakan filem itu kemudiannya menjadi filem ‘blockbuster’.
“Saya agak berlagak waktu itu. Saya ingat apabila saya menolak setiap tawaran yang datang, industri filem Bollywood akan merudum.
“Ketika itu saya berasakan yang diri ini sangat diperlukan dalam industri filem kerana saya masih muda dan pelakon wanita paling berjaya,” katanya.
Juhi berkata, tawaran berlakon filem seperti Raja Hindustani, Dil Toh Pagal Hai dan Judaai yang ditolak, semuanya menjadi ‘boxoffice’.
“Saya sangat bodoh kerana membuat keputusan yang salah. Saya tak kisah dan tidak malu untuk bercakap mengenai sikap saya dulu kerana semuanya sudah berlalu. Saya berharap pelakon baru belajar dari kesilapan saya itu,” katanya.
Juhi berkata, antara sebab dia menolak tawaran berlakon filem berkenaan kerana ia menampilkan dua heroin dan dia tidak menyukainya.
“Apabila saya menolak tawaran berlakon Dil Toh Pagal Hai, mereka berikan watak itu kepada aktres lain dan seorang daripadanya Karisma Kapoor. Disebabkan keangkuhan saya, Karisma akhirnya jadi sangat popular,” katanya.
Menurut Juhi, dia berani menolak tawaran kerana ketika itu dia ada banyak projek filem.
Terbaru, Juhi muncul dalam filem Gulaab Gang sebagai ahli politik.
“Saya masih berlakon cuma saya terpaksa memilih filem dan watak yang sesuai dengan usia saya sekarang. Saya tertarik dengan Gulaab Gang kerana ia menampilkan sesuatu yang baru dan saya gembira dapat berlakon dengan Madhuri Dixit buat kali pertama.
“Dalam filem ini, dialog saya ‘keras’, bersikap aneh dan suka memanipulasi keadaan iaitu karektor yang tidak pernah saya bawa sebelum ini. Saya minta pihak produksi mengubah sedikit skrip saya tetapi ia tidak sesuai dengan jalan cerita lalu skrip asal terpaksa dikekalkan,” katanya.
Peranannya sebagai ahli politik dalam Gulaab Gang digambarkan seperti kehidupan sebenar ahli politik terkenal di India iaitu Sushma Swaraj, Sonia Gandhi dan Mamta Banerjee.
Waktu yang berlalu, kini Juhi tidak lagi melihat aktres sezamannya seperti Madhuri dan Karisma sebagai pesaing.
“Tiada lagi istilah pesaing dalam kamus hidup saya malah saya bangga dengan kejayaan mereka. Saya juga pernah berlakon dengan Manisha Koirala dalam filem I Am.
“Terasa industri filem sama macam dulu apabila dapat berkumpul semula dengan mereka. Kalau ada yang berubah pun dengan kehadiran produser dan pengarah baru,” katanya.-hmetro
0 komentar:
Posting Komentar