Searching...
Senin, 10 Maret 2014
21.49 0

Ingin Rujuk Kembali Tetapi Isteri Tidak Setuju

Ingin Rujuk Kembali Tetapi Isteri Tidak Setuju

Baru-baru ini saya bercerai dengan dengan isteri dan sekarang masih dalam waktu iddah. Sewaktu sucinya yang kedua saya melafazkan rujuk (pada isteri), tetapi dia menafikan, malah tidak mendengarnya.

Perkara ini saya sudah merujuk kepada pejabat agama dan kadi bersama isteri saya. Jawapan yang saya terima ialah rujuk yang saya lafazkan adalah sah di sisi hukum Islam, tetapi di sisi undang-undang ia tergantung disebabkan isteri saya tidak setuju untuk merujuk lagi buat masa ini.

Persoalannya, isteri saya masih mengatakan bahawa saya dan dia adalah haram untuk bersama selepas saya melafazkan rujuk dan tidak boleh tinggal serumah kerana bersekedudukan.

Minta pandangan Dr mengenai masalah yang saya hadapi ini?


Buntu 
Selangor 

Rujuk tetap sah tanpa saksi dan tanpa pengetahuan isteri sekalipun. Ini sekiranya isteri masih dalam talak raji iaitu perceraian talak satu atau dua yang masih dalam iddah.

Bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya isteri diberitahu dengan kata-kata rujuk kerana ketika talak raji, suami isteri masih dalam ikatan perkahwinan sebelum tamat iddah.

Suami pula tidak ditegah untuk bermesra dengan isteri sehingga kepada persetubuhan sekalipun.

Dalam masa itu, suami isteri masih boleh tinggal serumah. Tindakan itu boleh memperbaiki hubungan dalam waktu terdekat sehingga berlaku rujuk apabila suasana kembali tenang.

Menurut Sayyid Sabiq, rujuk sah dengan tiga cara iaitu melalui kata-kata, perbuatan seperti persetubuhan ketika dalam iddah dan dorongan seksual seperti ciuman.

Bagaimanapun, Imam Syafie mensyaratkan dengan kata-kata saja iaitu: “Aku rujuk engkau.”

Ini kerana bagi Imam Syafie, talak memutuskan pernikahan (Sabiq, II: 178).
Jika isteri bersetuju dengan rujuk berkenaan, mereka dibenarkan hidup sebagai suami isteri apabila suami memohon kepada mahkamah.

Bagaimanapun, jika isteri tidak bersetuju, dia tidak boleh dipaksa untuk hidup bersama. Mahkamah hendaklah melantik jawatankuasa pendamai untuk menyelesaikannya.

Sekiranya isteri masih berkeras untuk tidak tinggal bersama dan ingin bercerai, maka rujuk yang pertama hendaklah disabitkan mahkamah terlebih dulu. Kemudian proses perceraian yang kedua akan dibuat.

Dengan kata lain, berlaku perceraian kali kedua apabila rujuk berlaku sebelum itu.-hmetro

0 komentar:

Posting Komentar