Searching...
Minggu, 16 Maret 2014
19.49 0

Felixie Yeap Ambil Iktibar Susulan Tragedi Konsert Liar

Felixie Yeap Ambil Iktibar Susulan Tragedi Konsert Liar


“SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah,” kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

“Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.

“Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.

“…tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

“Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini,” katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan.-Sinar Harian

0 komentar:

Posting Komentar