AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan gambar mayat-mayat pengganas Sulu yang ditemukan di dalam sebuah lubang ketika operasi pembersihan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu hari ini. - UTUSAN
Gambar Dan Video 13 Mayat Dan KuburPenceroboh Di Dedahkan |Setelah ramai yang mendesak pihak berkuasa mendedahkan gambar mayat-mayat pihak penceroboh kesultanan sulu, akhirnya petang tadi pihak berkuasa tampil di media dengan dibawa bersama gambar mayat penceroboh.
Datuk Seri Hishamudin dan Zaid Hamidi mendedahkan bahawa 13 Mayat Penceroboh ditemui pada petang tadi manakala CID dan Forensik pula telah menemui kubur 7 penceroboh yang maut.
Dalam pada itu, pasukan Forensik diserang oleh kumpulan penceroboh kesultanan sulu ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 petang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku Ops Daulat Hari Kedua tersebut.
Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan oleh penceroboh di Lahad Datu. Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM.
Mereka berkata lagi, pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban.
Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.
“Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu,” laporan dipetik dari Utusan Malaysia.
0 komentar:
Posting Komentar